Buletin

PEKERJA AUDI DAN BMW ANCAM MOGOK DI JERMAN-TUNTUT HAK PEKERJA LEBIH BAIK

Para pekerja syarikat automotif BMW dan Audi di Jerman dalam satu amaran akan menghentikan operasi jika tuntutan kesatuan sekerja mereka tidak dipenuhi.

Pekerja tersebut mendesak kenaikan gaji dan juga pengurangan jam bekerja kepada majikan mereka.

Kesatuan sekerja Jerman, IG Metall meminta kenaikan enam peratus gaji bagi ahlinya yang berjumlah 3.9 juta. Ia didorong oleh pertumbuhan positif ekonomi bagi sektor pembuatan di Jerman disamping jumlah pengangguran yang sangat rendah.

Sebagai tambahan, mereka juga memohon jam bekerja dikurangkan dari 35 jam kepada 28 jam bagi memberi peluang lebih masa kepada keluarga. Ia kelonggaran yang wajar diberikan kepada mereka yang mempunyai anak kecil atau orang tua yang sakit selama dua tahun.

Kesatuan sekerja ini juga memberi amaran akan menghentikan operasi dalam masa 24 jam jika tuntutan mereka gagal mencapai kata putus.

Minggu lepas, 160,000 pekerja industri menyokong tuntuan IG Metal, termasuklah pekerja dari Porsche di kilang Zuffenhausen. 

DIlaporkan juga, majikan telah menawarkan kenaikan 2 peratur gaji termasuk 200 Euro bayaran pada suku tahun pertama.

Permintaan untuk mengurangkan jam bekerja telah ditolak melainkan syarikat mampu mengeluarkan kenderaan dalam jumlah yang sama.

Khamis lalu, kedua-dua pihak majikan dan kesatuan bersetuju melantik pakar untuk melihat isu jam bekerja. Perbincangan antara mereka akan bersambung pada 24 Januari nanti dan dijangka akan diselesaikan sepenuhnya menjelang Februari.

Google ads
Back to top button