Buletin

PEKERJA KILANG FIAT TAK SUKA CRISTIANO RONALDO SERTAI JUVENTUS – YURAN PERPINDAHAN RM475 JUTA

Sejak ditunjuk jalan keluar oleh pasukan Uruguay dalam saingan Piala Dunia FIFA 2018, bintang Portugal dan Real Madrid dilapor bakal menyertai Juventus dalam perjanjian perpindahan bernilai €100 juta (RM475 juta).

Pengeluar kenderaan dari Itali itu kini memiliki 29.18 peratus perniagaan keluarga Agnelli, yang memiliki 63.7 peratus kepentingan dalam Juventus.

Jadi, apabila Fiat memberi tawaran untuk membayar gaji Ronaldo sebanyak €30 juta (RM143 juta), berita itu nyata tidak disenangi dalam kalangan pekerja Fiat. Menurut Sport Mediaset, Fiat juga ada menawarkan Ronaldo untuk menjadi duta jenamanya.

“Selepas Higuain, sekarang Cristiano Ronaldo pula,” kata seorang pekerja kilang Fiat di Pomigliano D’Arco, Gerardo Giannone.

“Ini sesuatu yang memalukan. Para pekerja Fiat tidak menerima sebarang kenaikan gaji selama 10 tahun. Dengan gaji Ronaldo, kami boleh beri setiap pekerja tambahan €200 (RM950) sebulan.

“Kuasa beli kami hilang sebanyak 10.7 peratus sejak sedekad lalu dan keadaan ini tidak pernah pulih. Kemudian FCA membelanjakan €126 juta (RM548 juta) setahun untuk tajaan dengan €26.5 juta (RM126 juta) kepada Juventus,” katanya.

Jika Juventus dan Fiat berjaya menyelesaikan yuran perpindahan sebanyak €100 juta (RM475 juta) serta €120 juta (RM570 juta) untuk bayaran gaji selama empat tahun, jumlah keseluruhan pelaburan itu cukup besar iaitu €220 juta (RM1.04 bilion).

Walapun langkah itu dilihat boleh membantu Juventus memenangi Liga Juara-juara UEFA, sudah pasti angka itu menyakitkan hati semua pekerja Fiat. Apatah lagi jika melihat rumah agam super mewah berkeluasan 1,000 meter persegi yang bakal disewa oleh Ronaldo di Turin, Itali.

Ya… dunia ini memang tidak adil tuan-tuan.

Google ads
Back to top button