Buletin

PELAKSANAAN SST – HARGA KENDERAAN PERODUA TURUN 1-3%

Selaras dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan mulai 1 September 2018, Perodua telah mengeluarkan senarai harga baharu untuk semua kenderaannya.

Ia menyaksikan penurunan antara 1 hingga 3 peratus (untuk model tertentu sahaja) berbanding ketika cukai 6 peratus GST (Barangan dan Cukai Perkhidmatan) sebelum ini.

“Berdasarkan struktur cukai baharu, hampir semua model Perodua berharga lebih rendah berbanding sebelum 1 Jun 2018,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Dato’ Dr Zahari Husin.

Pada 1 Jun 2018, kerajaan telah merombak kadar cukai GST dari 6% ke kadar sifar. Ini memberi ruang ‘cuti cukai’ selama 3 bulan kepada rakyat Malaysia, seterusnya membawa kepada peningkatan permintaan kenderaan dalam tempoh tersebut.

PERODUA LANCAR JENAMA AKSESORI GEARUP

Pada Julai, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa SST yang menggantikan GST akan ditetapkan pada kadar 10 peratus untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmatan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutama kepada 3.3 juta pelanggan yang telah memilih Perodua sebagai jenama pilihan mereka. Mengenai servis penyelenggaraan serta alat ganti Perodua, kami akan terus menawarkan harga kompetitif,” kata Zahari.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button