PELANGGAN TOYOTA, HONDA & SUBARU PALING SETIA

SHARE

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Laporan Kesetiaan Trade-In Edmuds 2018 menunjukkan bahawa pelanggan Toyota, Honda dan Subaru merupakan kelompok yang paling setia dengan jenama tersebut di pasaran Amerika Syarikat.

Senarai itu diikuti oleh jenama RAM dan Chevrolet yang berada di tempat keempat dan kelima dengan rating 54 peratus.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Analisis data itu mengkaji kadar trade-in pelanggan dalam segmen, pengeluar, jenama atau model yang sama. Ia melibatkan lebih 13.9 transaksi kenderaan di antara tahun 2007  hingga 2017.

63 peratus pelanggan Toyota kembali memilih jenama tersebut, berbanding 58 peratus pada tahun 2007. Manakala 60 peratus pelanggan Honda terus membeli kenderaan jenama itu, naik lima mata dalam tempoh sepuluh tahun.

Kejayaan Subaru mengekalkan minat para pelanggannya banyak disumbangkan oleh pelancaran produk yang strategik. 

Tempoh sedekad lalu juga menyaksikan kenaikan ketara oleh Subaru dan Mazda dari segi pelanggan yang kembali membeli kenderaan mereka. Mazda CX-5 mempunyai jumlah pelanggan paling tinggi berbanding mana-mana kenderaan lain pada tahun 2017.

Aspek kebolehpercayaan menjadi faktor utama pelanggan membeli jenama atau segmen kenderaan yang sama. Tahun lalu misalnya, 75 peratus pemilik SUV menukar dan membeli SUV. Manakala 74 peratus pemilik trak melakukan perkara yang sama.

Dalam segmen mewah, pelanggan lebih setia kepada jenama Lexus, Audi dan Land Rover. Diikuti oleh Mercedes, Porsche dan BMW.

Pelanggan trade-in merupakan kumpulan yang kritikal buat pengeluar kenderaan dalam memastikan mereka terus membeli jenama sama.

Justeru, pengeluar kenderaan perlu memanfaatkan reka bentuk yang penuh emosi, menawarkan rangkaian luas model SUV dan mempunyai sejarah kebolehpercayaan yang mantap, jelas Edmunds.

Share this post

scroll to top