Buletin

PELANGGAN TOYOTA PRIUS TIDAK LAGI SETIA – BELI TESLA PULA

Toyota mengakui bahawa Tesla Model 3 memberi kesan besar terhadap jualan kereta hibrid Prius.

Buktinya, hampir sembilan peratus pemilik Toyota di Amerika Syarikat (AS) beralih kepada jenama lain, dengan separuh daripadanya menjadi pemilik baru Tesla.

Tahun lalu, Tesla mendedahkan jenama kenderaan yang ditukar oleh pembeli untuk memiliki kereta elektrik keluarannya. Senarai adalah seperti berikut:

  • Toyota Prius
  • BMW 3-Series
  • Honda Accord 
  • Honda Civic
  • Nissan LEAF 

Ketua Toyota Motor Amerika Utara, Jim Lentz menyatakan para pengedar Toyota kini melihat pelanggan semakin beralih daripada model hibrid terkenalnya, Prius kepada jenama baru iaitu Tesla. 

Baru-baru ini, Tesla Model 3 rasmi menjadi kenderaan premium terlaris di AS. Populariti Tesla turut memberi kesan kepada segmen-segmen lain seperti sedan, walaupun harganya lebih mahal.

Perubahan selera pengguna ini mungkin boleh menjadi pembakar semangat untuk Toyota mempercepatkan jentera elektrik sepenuhnya. 

Google ads
Back to top button