Buletin

PELUANG JADI PEMAIN MANCHESTER UNITED DENGAN CHEVROLET FAN CUP  2017

Chevrolet baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menjadikan peminatnya seorang pemain bola sepak profesional selama sehari melalui program Chevrolet Fan Cup 2017 (CFC).

CFC merupakan satu pertandingan di peringkat global. Ia membolehkan pemenang bermain di Stadium Old Trafford milik Manchester United. Seramai 64 orang peminat akan dibawa menikmati pengalaman seperti seorang pemain pasukan Manchester United yang bersiap sedia sebelum memulakan perlawanan.

“Chevrolet Fan Cup ialah contoh terbaik bagaimana kami mampu merealisasikan impian peminat bola sepak melalui satu perlawanan bola sepak di Theatre of Dreams, Manchester United,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Global Chevrolet,  Tim Mahoney.

Untuk mengambil bahagian dalam pengalaman sekali seumur hidup ini, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Ikuti dan Like laman Facebook rasmi Chevrolet Malaysia
  • Hantar kompilasi video atau foto ke laman Facebook rasmi Chevrolet Malaysia yang menunjukkan minat anda terhadap MU
  • Hantarkan video atau foto di ruangan komen post Facebook CFC 2017 dan #ChevroletFanCup untuk penyertaan anda
  • Simpan post CFC bagi memudahkan anda mencarinya semula nanti
  • Tertakluk kepada terma dan syarat

Apabila berada di Manchester nanti, pemenang akan menonton perlawanan di antara Manchester United dan Crystal Palace. Selain bertemu dengan lagenda pasukan MU dan berlatih di sekolah bola sepak mereka.

BACA: PANDU UJI – CHEVROLET COLORADO FACELIFT 2016

Mereka juga berpeluang menikmati pengalaman menukar pakaian di bilik persalinan pemain dan melalui terowong sebelum bermain di padang stadium Old Trafford.

Untuk melihat bagaimana Chevrolet menyatukan para peminatnya, layari laman web: www.ChevroletFC.com atau www.youtube.com/user/ChevroletFC.

Maklumat lanjut mengenai Chevrolet Fan Cup 2017, sila layari laman web: http://www.chevrolet.com.my/page/article/chevrolet-fan-cup atau ikuti laman Facebook rasmi Chevrolet Malaysia dan Instagram @Chevrolet_MY.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button