Buletin

PELUANG LANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI AUTOMOTIF DRB-HICOM

Pelajar lepasan sekolah yang ingin meneruskan pembelajaran di pusat pengajian tinggi, terutamanya dalam bidang automotif kini mempunyai pilihan di mana DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dibuka untuk pengambilan pelajar sesi Oktober dan November.

Para pelajar boleh memilih sehingga 51 pilihan program yang berlainan daripada lapan bidang utama yang ditawarkan; Kajian Automotif, Kejuruteraan Industri, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Teknologi Maklumat, Keusahawanan, Perakaunan, serta Perniagaan dan
Pengurusan.
Universiti ini menawarkan kursus-kursus dari peringkat asas hinggalah ke pengajian pasca siswazah yang merupakan anak syarikat DRB-HICOM Berhad (“Kumpulan”) dan terletak di pusat Kompleks Automotif DRB-HICOM di Pekan, Pahang. Para pelajar yang belajar di sini akan didedahkan dengan aktiviti amali secara terus di Kompleks Automotif.
Setelah menamatkan pengajian, para pelajar berpeluang untuk bekerja dengan jenama automotif terkenal di bawah Kumpulan, seperti PROTON, Honda, Audi, Mercedes-Benz, Isuzu, Volkswagen, MODENAS dan juga DEFTECH.
Biasiswa bernilai RM52 juta 
Biasiswa separa dan penuh juga disediakan untuk pelajar yang layak dan mendaftar dalam bulan Oktober dan November. Program biasiswa ini dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada 3,700 pelajar di seluruh negara.
Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM University, Prof Dato’ Sr. Dr Omar Osman berkata pelajar yang layak boleh memohon biasiswa bagi meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga mereka.
“Kami memberikan biasiswa yang bernilai sehingga RM52 juta untuk memberi manfaat kepada pelajar yang layak. Program biasiswa ini adalah sebahagian daripada usaha University dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi sektor automotif, bukan di negara sahaja, malah untuk di rantau ini.
Pihak Universiti berharap biasiswa yang ditawarkan ini akan bertindak sebagai pemangkin modal insan, di mana lebih ramai individu akan mengambil kesempatan daripada program ini dan melanjutkan pengajian,” katanya.
Pendaftaran untuk pelajar tempatan dan asing Para pelajar boleh mendaftar untuk Program Sarjana Muda, mulai sekarang hingga 4
November, manakala pendaftaran untuk program Asas dan Pasca Siswazah akan berlangsung pada 3 hingga 18 November.
Pusat pengajian ini telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk menarik lebih daripada 600 pendaftaran semasa pengambilan sesi ini. Untuk mendaftar, para pelajar yang berminat boleh hadir ke acara jelajah Universiti di kawasan berdekatan anda, atau rujuk kepada media sosial (FB & IG), media tradisional dan laman web University.
DRB-HICOM University juga akan mengadakan program menjelajah ke seluruh Malaysia untuk melawat sekolah-sekolah, pusat-pusat matrikulasi dan kolej-kolej Vokasional dalam usaha menggalakkan dan mempromosikan program-program bagi pelajar lepasan sekolah.
Universiti juga sedang giat berusaha untuk menarik kemasukan pelajar asing, terutamanya dari China dan Jepun dengan menjalin kerjasama rakan industri di peringkat Asean. Di samping itu, pelajar asing juga akan ditawarkan pengecualian yuran tuisyen mereka sebanyak 30%.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program, biasiswa dan pendaftaran, sila lawati laman
web rasmi DRB-HICOM University di www.dhuautomotive.edu.my/ atau FB-https://www.facebook.com/www.dhuautomotive.edu.my / dan IG – drbhicom_u_official.
Google ads
Back to top button