Buletin

PEMANDU WANITA LEBIH PEMARAH – KAJIAN HYUNDAI UK

Satu kajian kajian yang dijalankan oleh Hyundai Motor UK melibatkan 1,000 orang pemandu di UK itu mendedahkan secara puratanya, 12 peratus pemandu wanita lebih cepat marah ketika memandu. Pasukan penyelidikan mendapati memandu mencetuskan naluri ‘mempertahankan diri’ dalam diri manusia. Tingkah laku ini tercetus apabila pemandu wanita dipotong, dijerit, dihon atau terpaksa berdepan dengan pemandu lain yang tidak memberi isyarat sebelum membelok. Dalam semua senario ujian itu, pemandu wanita cenderung untuk marah berbanding lelaki. Hyundai-women-angrier-driving-mekanika (3) Eksperimen yang dikendalikan oleh pakar psikologi dari Goldsmiths University London, Patrick Fagan tersebut mengkaji bagaimana bunyi, pandangan, bau, sentuhan dan rasa dapat memprovokasi maklum balas emosi dalam kondisi pemanduan yang berbeza. Kajian mendapati terdapat dua emosi yang dominan iaitu gembira (dikaitkan dengan rasa bebas ketika memandu) dan marah apabila pemandu berasa hilang kawalan. Antara dapatan penting yang lain adalah:

  • Sebab utama kenapa manusia terus gemar memandu adalah kerana rasa bebas yang diberikannya (51%), mobiliti (19%) dan berdikari
  • Jika anda mahu lelaki untuk berterus-terang, bawa dia pergi memandu. Sebanyak 29% peratus menyatakan mereka lebih mudah berbual ketika berada di dalam kereta. 14% memberitahu berbual boleh menjadikan mereka pemandu yang lebih baik
  • 54% menyatakan perkara yang membuatkan mereka benar-benar gembira di dalam kereta ialah menyanyi.
  • Apabila penyelidik melihat apa yang membuatkan kita gembira ketika memandu: 84% berkata jalan yang lengang, 78% menjawab jalan kampung dan 69% memilih jalan tepi pantai
  • Muzik membuatkan pemandu gembira. Lapan daripada 10 orang mendengar sesuatu ketika memandu. Genre muzik pop (70%) dan rock (61%) menjadi pilihan popular

Hyundai-women-angrier-driving-mekanika (4) Mengulas mengenai keputusan itu, Fagan menyatakan secara psikologinya, wanita mendapat skor lebih tinggi dari segi emosi dan kepintaran verbal berbanding lelaki. Naluri ‘sistem amaran awal’ wujud dalam diri wanita, sebab itulah mereka lebih sensitif ke atas ransangan yang negatif. Jadi, mereka lebih cepat berasa marah dan kecewa.

Hyundai dan Fagan menggunakan data kajian serta teknologi terkini untuk menghasilkan Ujian Emosi Pemanduan (DET) yang pertama di dunia. Eksperimen unik ini melibatkan teknologi pengkodan wajah, analisis pergerakan mata, maklum balas rangsangan kulit dan monitor degupan jantung. DET berfungsi merekod bagaimana stimulasi spesifik memberi impak kepada emosi kita ketika memandu.

Google ads
Back to top button