Buletin

PEMBELI MUDA TIDAK KISAH SANGAT PASAL GAYA KETIKA BELI KERETA – J.D. POWER

Jumlah pembeli kereta yang bergantung kepada sumber atas talian seperti laman web pengeluar/pihak ketiga dan media sosial dilapor kian meningkat.

Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan Malaysia (Pasaran Massa) J.D. Power 2018SM yang diterbitkan hari ini mendapati pengguna melayari laman web tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai spesifikasi kenderaan dan tawaran-tawaran daripada pengedar. 

ETCM BUKA PUSAT 3S MEGA DI JOHOR JAYA

Kaji selidik itu mendedahkan bahawa 59 peratus pembeli membuat kajian secara atas talian untuk mendapatkan maklumat seperti harga kenderaan, ciri-ciri serta spesifikasinya.

Mereka kemudian berkemungkinan besar akan menghubungi pengedar sebelum meninjau di bilik pameran. Peratusan berbanding mereka yang tidak membuat kaji selidik atas talian adalah 78 peratus vs. 59 peratus.

Lebih dua kali ganda pembeli membandingkan harga daripada pengedar berbeza, berbanding mereka yang tidak membuat kajian atas talian (57% vs. 26%).

“Pembeli-pembeli kereta di Malaysia, terutama golongan muda, semakin peka terhadap kos pemilikan kenderaan. Sebab itu mereka beralih kepada saluran atas talian bagi membantu mencari tawaran yang terbaik,’’ kata Pengurus Negara bagi Malaysia J.D. Power, Muhammad Asyraf Bin Mustafar.

Jenama yang mampu menawarkan kereta pada harga kompetitif menerusi opsyen pembiayaan fleksibel, jimat bahan api, pakej penyelenggaraan yang sesuai dan nilai lepas jualan lebih tinggi berkemungkinan besar dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Tahap kewangan

Untuk pasaran massa, tahap kewangan (46%) menjadi sebab utama yang mempengaruhi pembelian kenderaan. Pertimbangan ini banyak mempengaruhi keputusan pembelian pembeli yang berusia 29 tahun atau lebih muda berbanding pembeli yang berusia 45 tahun atau lebih tua (masing-masingnya 57% vs. 35%).

Pembeli muda juga tidak tidak terlalu bergantung kepada gaya ketika membeli kereta berbanding kumpulan lebih berusia (14% vs. 25%).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button