PEMENANG BERTUAH BAWA PULANG ALTIS & VIOS

SHARE

Ingat lagi Peraduan WOW Toyota awal tahun lalu? Ya, memang benar kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Toyota yang bagi. Dua pemenang bertuah, membawa pulang Toyota Altis 1.8G dan sebuah Vios TRD Sportivo.

Toyota-WOW-winner-2016-mekanika2

Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di pusat pameran Toyota cawangan Subang Jaya, Selangor bersempena dengan peraduan Beli dan Menang Toyota. Kempen itu telah dijalankan pada 1 Februari hingga 31 Mei yang lepas yang digandingkan dengan promosi Jelajah Toyota WOW di seluruh negara.

Pemenang Toyota Corolla Altis 1.8G ialah Noraini Shafii, seorang ahli perniagaan yang mengakui langsung tidak menduga akan menang. Ini adalah kali pertama beliau memenangi cabutan bertuah. Sudah tentu ia hadiah paling bermakna sempena menyambut AidilFitri. Noraini yang membeli Toyota Hilux dalam tempoh kempen tersebut benar-benar rasa bersyukur dengan rezeki di bulan yang mulia ini.

Toyota-WOW-winner-2016-mekanika

Koordinator Jualan Nikon (M) Sdn. Bhd., Sum Choo Sin pula nyata tergamam apabila diberitahu memenangi sebuah Toyota Vios TRD Sportivo. Choo Sin langsung tidak meletakkan harapan tinggi kerana sambutan terhadap kempen ini sangat menggalakkan. Jumlah penyertaannya terlalu besar.

Dalam satu kempen berasingan, UMW Toyota juga menghadiahkan 200 pelanggan bertuah dengan baucar membeli-belah bernilai RM500. Kempen Test Drive & Win Contest tersebut dijalankan pada 13 Februari hingga 31 Mei. Pelanggan hanya perlu membuat lakaran digital dan memandu uji mana-mana model Toyota.

Kepada anda yang terlepas peluang menyertai kempen, promosi dan peraduan daripada Toyota rajin-rajinlah melawat laman web mereka di www.toyota.com.my/highlights.

Share this post

scroll to top