Buletin

PEMERIKSAAN PERCUMA PROTON DI STESEN PETRONAS TERPILIH

Seiring dengan sambutan Aidil Fitri yang bakal tiba, Proton telah melancarkan kempen pemeriksaan keselamatan 20 poin secara percuma kepada pelanggan mereka di stesen Petronas yang terpilih.

Petronas-coffee-break-Raya-mekanika (1)

Seperti yang kami siarkan semalam, kempen ini dijalankan serentak bersama program tahunan Petronas ‘Coffee Break’

Pengeluar kereta Nasional itu menempatkan wakil servis mereka di stesen strategik di negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.

Sebanyak 10 buah stesen utama terlibat dalam memberi khidmat nilai tambah kepada pelanggan setia Proton, meningkat dari hanya 5 stesen pada tahun lalu. Untuk rekod, kempen yang sama juga telah dijalankan pada Tahun Baru Cina yang lalu dengan melibatkan 7 buah stesen Petronas.

Proton-Preve-Ke-Brunei-13

 

Pemeriksaan keselamatan 20 mata ini merangkumi sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pemilik Proton juga akan dibekalkan dengan beg cenderahati kuih-muih dan air mineral sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diberikan.

Proton-safety-check-CNY-mekanika (3)

Pelanggan boleh singgah di Stesen PETRONAS berikut:

Kawasan Pusat Bandar

– Stesen PETRONAS NKVE Subang, Selangor

– Stesen PETRONAS Penchala Link, Selangor (arah Damansara)

Kawasan Utara

– Stesen PETRONAS Taman Nilam Sari, Sungai Petani, Kedah

– Stesen PETRONAS Bandar Anak Bukit, Alor Setar, Kedah

– Stesen PETRONAS Tok Kangar, Juru, Penang

Kawasan Selatan

– Stesen PETRONAS Air Keroh 3, Peringgit, Melaka

– Stesen PETRONAS Bakri 2, Muar, Johor

Kawasan Pantai Timur

– Stesen PETRONAS Bentong R & R, Bentong, Pahang

– Stesen PETRONAS Gambang Arah Timur, Kuantan, Pahang

– Stesen PETRONAS Taman Guchil Jaya, Kuala Krai, Kelantan

Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan berterusan di seluruh negara. Pemilik Proton boleh membawa kereta mereka ke mana-mana pusat servis PROTON untuk pemeriksaan keselamatan percuma.

PROTON percaya kempen keselamatan ini mampu membantu untuk mewujudkan kesedaran kepada pelanggan dan pengguna jalan raya terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan. Selain menjadi platform untuk mendidik dan meningkatkan keselamatan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, terutama pada musim perayaan.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini, pelanggan boleh menghubungi khidmat pelanggan di talian: 1800 888 398 atau di laman Facebook rasmi Proton.

Google ads
Back to top button