Artikel PilihanBuletin

PENAFIAN KERETA BIASA TIADA CUKAI JUALAN (SST) – KASTAM

Selepas berita tentang kelepasan cukai jualan kepada kenderaan menjadi tular, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu tersebut.

Pihak JKDM memaklumkan bahawa cukai jualan akan tetap dikenakan pada peringkat akhir jualan kenderaan kepada pengguna. Ini bermakna pengguna tetap tertakluk kepada cukai jualan yang bakal dikuatkuasakan pada 1 September nanti.

Senarai pengecualian tersebut adalah hanya untuk peringkat rantaian pengeluar dan pembekal pembekal sahaja.

Berikut ialah kenyataan rasmi daripada JKDM:

PENAFIAN KERETA BIASA TIADA CUKAI JUALAN (SST)

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah muatnaikkan cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan pada hari ini, 19 Julai 2018. Barang-barang ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan (SST) semasa pelaksanaan SST pada 1 September 2018.

2. Susulan daripada senarai yang dimuatnaik, berita berkaitan dengan kenderaan penumpang bermotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas dan JKDM ingin memberi penjelasan berkaitan perkara ini.

3. JKDM ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan. Walaubagaimanpun ada pihak yang telah salah tafsir senarai yang yang telah dimuatnaik tanpa merujuk kepada JKDM.

4. Barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang tercurai bagi pemasangan kenderaan penumpang (Completely Knocked Down –CKD) sahaja. Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen-komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan.

5. Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI SUBROMANIAM THOLASY
KETUA PENGARAH KASTAM
19 JULAI 2018

Kenyataan rasmi:

Google ads
Back to top button