Buletin

PENCURI INI DITANGKAP KERANA GAGAL LARIKAN KERETA TRANSMISI MANUAL

Bukan semua pencuri ada kemahiran yang cukup untuk merompak. Kadang-kadang, mereka nampak peluang dan ia berlaku secara spontan sahaja. Banyak berlaku keadaan di mana pencuri jadi tolol, tertangkap atas sebab yang tak sepatutnya. Curi kereta tapi tahu kereta ada sistem GPS tersembunyi atau curi kereta keyless tapi tak tahu kunci ada pada pemandu.

Ini kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat di daerah Cleveland. Wayne, remaja berkulit hitam 17 tahun ini merompak dan melarikan dua buah kereta bersama kawannya. Kawannya berjaya melarikan sebuah kereta bertransmisi automatik sementara Wayne terpinga-pinga bila ketahui kereta yang dirompak adalah kereta manual.

Mangsa memberitahu beliau diberhentikan oleh dua orang lelaki pada waktu tengah malam. Suspek mengacukan pistol supaya beliau keluar dari kenderaan. Mangsa diugut dan menurut arahan dan menyerahkan kunci kereta serta telefon bimbitnya.

Wayne yang tidak pandai memandu transmisi manual menyuruh mangsa mengajarnya cara memandu, menekan klac, namun gagal untuk masuk ke gear pertama pun. Beliau akhirnya lari dengan membawa telefon mangsa.

Lebih bangang lagi, polis berjaya mengesannya kerana telefon bimbit tersebut. Dua kali bangang sebenarnya.

Kesimpulannya, kereta manual memang selamat. Kalau tak percaya, cuba kau suruh orang yang dah biasa bawa automatik bawak kereta Savvy, terkial dia nak cari gear undur beb!

BACA: 45 BUAH KERETA DICURI TANPA SEDAR

BACA: ALAT MISTERI PENCURI KERETA KEYLESS

 

Google ads
Back to top button