Buletin

PENGHARGAAN HYUNDAI UNTUK KAUM IBU

Sempena sambutan Hari Ibu semalam, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menunjukkan penghargaan terhadap kaum ibu menerusi satu peraduan istimewa diberi nama ‘One For Me, One For Mom’. 

Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Hyundai sehingga 31 Mei depan layak untuk memenangi hadiah lawatan ke Korea bersama ibu dan sebuah kereta!

hyundai peraduan

Ambil bahagian dalam soalan trivia dan uji pengetahun anda mengenai Hyundai. Mana tahu anda boleh memenangi hadiah utama berupada sebuah Hyundai Veloster 1.6L (A) Standard bernilai RM118, 571. Sementara hadiah pertama ialah sebuah Hyundai-Inokom i10 Colourz 1.1L berharga RM51, 328.

Sedia maklum bahawa Veloster ialah sebuah coupe yang sporty. Ia menampilkan konfigurasi pintu 1+2 yang unik. Hyundai i10 Colourz 1.1L pula sebuah kereta kompak bandar yang seronok dipandu dan memiliki pelbagai ciri menarik.

Bukan itu sahaja, dengan enam pemenang mingguan akan dipilih, anda berpeluang memenangi hadiah percutian untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak (berusia bawah 12 tahun). Semua semua perbelanjaan (tiket penerbangan, tempat tinggal dan makanan) adalah ditanggung.

Untuk layak menyertai peraduan, anda perlu menempah kenderaan Hyundai bermula 18 April hingga 31 Mei 2013 dan pastikan kereta tersebut didaftarkan sebelum 15 Jun 2013. Kemudian, isi borang peraduan. Enam cabutan mingguan dan satu cabutan utama akan diadakan untuk memilih pemenang bersama semua soalan trivia dijawab dengan betul.

hyundai peraduan 1

Selain daripada hadiah-hadiah hebat ini, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan pada setiap hujung minggu sempena sambutan Hari Ibu. Kunjungi mana-mana bilik pameran Hyundai di seluruh negara dari sekarang hingga 31 Mei 2013 untuk sama-sama menikmati keseronokan itu.

“Kami ingin menawarkan pengalaman Hyundai kepada semua ibu sempena sambutan Hari Ibu melalui pelbagai aktiviti menyeronokkan. Peraduan ini juga tidak wajar dilepaskan kerana banyak hadiah menarik untuk dimenangi,” kata Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button