Buletin

PERADUAN #CLEANMYENGINE SHELL HELIX

Sempena sambutan tahun baru 2015, apa kata anda rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat yang disediakan dalam peraduan #cleanmyengine Shell Helix.

#cleanmyengine-contest-Shell-Helix-mekanika  (6)

Ini merupakan pelung terbaik untuk anda membersihkan bahagian luaran dan dalaman kereta menggunakan teknologi PurePlus Shell Helix Ultra.

Bermula pada 29 Disember 2014 hingga 29 Januari 2014, tiga orang pemenang hadiah utama akan menerima pakej auto detailing premium bernilai RM1,500 di Regal Valet di  Bangsar.

4L_Helix_Ultra_5W_40

Bukan itu sahaja, mereka juga akan menerima pakej spa selama 3¼ jam di Sultana Hammam, Bangsar Village. Selain satu pek minyak enjin empat liter Shell Helix Ultra 5W-40 dengan Teknologi PurePlus Technology berharga RM225.

Shell Helix juga akan memberi sepuluh hadiah saguhati berupa satu pek minyak enjin empat liter Shell Helix Ultra 5W-40 serta satu kiub eksklusif mengandungi minyak asas yang diperbuat daripada gas asli.

ww94590

Cara untuk menyertai peraduan ini cukup mudah, dapatkan semua maklumat mengenainya di laman web: www.shell.com.my/cleanmyengine.

Sebenarnya, minyak enjin yang diperbuat daripada gas asli adalah lebih tulen. Jadi, ia mampu membersihkan enjin dan memberikan prestasi kenderaan yang anda harapkan. Semua ini boleh didapati dalam minyak premium baharu Shell Helix Ultra dengan Teknologi  PurePlus. 

#cleanmyengine-contest-Shell-Helix-mekanika  (3)

Teknologi revolusionari ini boleh menghasilkan minyak asas yang jauh lebih bersih berbanding minyak mentah. Minyak ini juga memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih baik.

Minyak asas GTL ini kemudian digabungkan dengan Teknologi Pembersihan Aktif, sebagaimana yang ada dalam minyak Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus.  Minyak enjin ini membantu memanjangkan hayat enjin, mengurangkan kos penyelenggaraan, menjimatkan penggunaan bahan api dan pastinya lebih bersih. 

WW94436

Hasilnya, anda boleh menikmati prestasi enjin yang lebih bagus. Pada masa yang sama melindungi enjin daripada masalah kakisan dan kehausan.

Dengan semua manfaat ini, tidak hairanlah jika minyak Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus telah diuji dan dipercayai oleh pengeluar enjin terkemuka dunia. Antaranya termasuklah Ferrari, Maserati, Mercedes, VW, BMW, Ford, Honda, GM, Chrysler dan Hyundai.

Untuk merasai sendiri kuasa pembersihan minyak Shell Helix Ultra dengan Teknologi  PurePlus yang revolusionari, kunjungi mana-mana bengkel Shell Helix di seluruh negara. Dapatkan senarai bengkel tersebut di sini: www.shell.com.my/helixworkshop.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button