PERADUAN REKA BENTUK PROTON 2014

SHARE

Proton Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini melancarkan Peraduan Reka Bentuk Proton 2014 yang berlangsung dari 24 Jun hingga 4 Ogos 2014. 

DesignContestLogo

Bertemakan #PROTONCITYCAR2020, ia menjemput anak muda berusia 13 hingga 25 tahun di seluruh negara untuk menghasilkan rekaan kereta. Pertandingan itu bertujuan menyediakan platform buat anak muda menunjukkan bakat masing-masing.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

“Kami ingin menyediakan saluran untuk mereka menyerlahkan bakat dalam bidang reka bentuk kereta. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada Proton untuk berhubung dengan golongan belia. Ketika Proton menghasilkan kereta untuk masa depan, kami mahu orang muda menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Hanya mereka yang memiliki kad pengenalan sah Malaysia layak menyertai pertandingan ini. Pertandingan akan dibahagikan kepada dua kategori. Kategori 1 untuk individu berusia 13 hingga 17 tahun. Sementara kategori 2 pula untuk peserta berumur 18 hingga 15 tahun. Penyertaan secara berkumpulan tidak dibenarkan.

Semua peserta diminta menghasilkan lakaran luaran kereta pada sekeping kertas bersaiz A3. Lakaran itu perlu merangkumi ¾ pandangan hadapan, sisi dan perspektif bahagian belakang kereta. Untuk peserta Kategori 2, mereka juga perlu menghasilkan rekaan bahagian dalaman kereta.

Bagi melayakkan penyertaan, para peserta perlu menyediakan satu penerangan ringkas rekaan. Ia merangkumi tajuk reka bentuk, konsep rekaan, perkadaran unik kereta dan sistem enjin yang dicadangkan (petrol, diesel, hibrid, eletrik dan sebagainya).

Peserta boleh menghantar maksimum tiga rekaan sama ada melalui emel atau ke laman web: citycar2020.proton.com. Borang penyertaan boleh didapati daripada laman web tersebut dan di bilik pameran Proton terpilih di seluruh negara.

Banyak hadiah menarik menanti pemenang. Antaranya hadiah wang tunai, MacBook yang lengkap dengan perisian reka bentuk serta peluang menjalani latihan industri di Pusat Reka Bentuk Kreatif R&D Proton.

Share this post

scroll to top