Buletin

PERADUAN REVIVE YOUR DRIVE PERODUA

Berita baik untuk anda yang memandu kenderaan Perodua. Ini kerana, sempena ulangtahun ke-20 Perodua, pembuat kereta kompak itu kini menganjurkan peraduan yang diberi nama “Revive Your Drive”.

“Revive Your Drive” menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah  RM240,000 untuk membaik pulih kenderaan Perodua anda.

Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori. Kategori pertama adalah untuk kereta berusia tiga tahun atau kurang. Ia melayakkan pemiliknya untuk memenangi proses penambahbaikan bernilai RM5,000.

Kategori kedua pula khas buat kereta berusia kurang tiga tahun dan telah berbelanja sebanyak RM250 di mana-mana pusat servis Perodua. Pemiliknya berpeluang untuk dihadiahkan dengan proses penambahbaikan bernilai RM15,000.

perodua slider 1

Bagi pemilik kenderaan yang berumur tiga tahun ke atas, anda boleh memenangi proses penambahbaikan bernilai RM5,000.

Sementara kategori terakhir melibatkan kereta berusia lebih tiga tahun dan telah berbelanja sebanyak RM250 di mana-mana pusat servis Perodua di seluruh negara. Anda pula layak untuk merebut hadiah proses penambahbaikan bernilai RM15,000.

“Apa yang membuatkan peraduan ini unik adalah kerana kami turut meluaskannya kepada para pemilik kereta baharu. Tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk memberi kembali kepada pelanggan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

“Melalui peraduan ini, kami menawarkan kepada pelanggan peluang untuk menaik taraf kenderaan mereka mengikut personaliti masing-masing. Kami melakukan perkara ini kerana di Perodua, Anda yang paling utama,” kata PengarahUrusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Terdapat dua cara untuk menyertai peraduan ini. Kunjungi bilik pameran Perodua terdekat atau pusat servis, atau layari laman web Perodua: www.perodua.com.my dan akaun Facebook: www.facebook/MyPerodua untuk melayakkan diri memenangi hadiah.

Anda perlu mengisi borang dan melengkapkan slogan: “Saya sukakan Perodua kerana….” tidak lebih daripada 20 patah perkataan. Peraduan ini bermula dari 15 April hingga 30 Jun 2013. (tertakluk kepada terma dan syarat).
[hr]

Galeri

130116myvib4e3f892e98a0c7286b8689a31b2337cPerodua Alza Advance TeaserPerodua_Viva_34_BackPerodua_Viva_Ebony_Blackperodua-myvi-13-aPerodua-Viva-Elite-Exclusive-Back1

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button