PERANCIS LARANG PEGANG TELEFON SEMASA MEMANDU-WALAUPUN KETIKA BERHENTI

SHARE

Tahukah anda telefon bimbit merupakan “senjata” merbahaya di jalanraya? Kalau anda seorang penunggang motosikal seperti Abang Japar, inilah yang paling kita takutkan – bila pemandu leka memegang telefon bimbit sehingga tak sedar langsung kereta dah terkeluar dari lorong.

Larangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kebanyakannya sudah diamalkan di seluruh dunia namun masih ada klausa keluar di mana pemandu masih boleh memeriksa telefon ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat contohnya.

BACA: NADA DERING MUSTANG UNTUK TELEFON

Namun di Perancis, mereka lebih tegas. Satu undang-undang baru telah digubal di mana pemandu langsung tidak dibenarkan memegang telefon bimbit di dalam kenderaan.

Tak kira samada kereta berhenti di lampu isyarat, dalam kesesakan jalanraya atau di tepi jalan sekalipun. Selagi berada di tempat duduk pemandu dan bukan kawasan parkir yang sepatutnya, menggunakan telefon bimbit adalah satu kesalahan trafik.

Pemandu hanya boleh menggunakan telefon bimbit ketika kecemasan seperti kenderaan rosak ataupun terlibat dalam kemalangan.

Mereka yang ingkar boleh disaman sehingga 135 Euro atau mata merit lesen memandu mereka akan ditolak. 

Menurut pihak berkuasa Perancis, ia sebagai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di mana penggunaan telefon bimbit dikesan menjadi punca.

Perancis juga telah mewajibkan penggunaan sarung tangan bagi penunggang dan pembonceng motosikal pada 2016. 

Baru-baru ini juga kadar had laju di jalanraya dua lorong diturunkan dari 90km/j kepada 80km/j

Share this post

scroll to top