PERANG ITALI VS JEPUN SUDAH BERMULA: HONDA V4 BERSEDIA UNTUK MENENTANG DUCATI V4

SHARE

Produksi motosikal dengan konfigurasi enjin V4 terbaru dari Ducati telah membuka lembaran baru dalam pertarungan motosikal superbike dunia. Ketika industri motosikal adalah tentang mengejar kelajuan, dari satu sudut lain, pembaharuan teknologi mesti patuh dengan piawaian yang semakin ketat.

Jika pembuat motosikal kecil seperti Ducati mampu menghasilkan Panigale V4 untuk pasaran komersial, kenapa tidak Honda? Pengeluar motosikal terbesar di dunia?

BACA: DUCATI V4, MOTOSIKAL TERCANTIK 2017

Ya. Ducati bukanlah syarikat besar. Mereka hanya hasilkan motosikal berkuasa tinggi, tiada moped, tiada underbone, tiada skuter dan mereka tiada dalam pasaran motosikal jalanan. Justeru menghasilkan teknologi yang kompleks dengan jumlah pengeluaran kecil adalah cabaran yang paling besar.

Tapi kenapa Honda? bukan Demak, Ok tipu. 

Kerana pada Mac tahun ini, Honda sudahpun mempatenkan enjin V4 mereka di Amerika Syarikat. Kerana itu juga, ramai yang menjangkakan CBR1000RR 2017 baru menggunakan konfigurasi yang diharapkan.

Malangnya tidak. CBR 2017 basih lagi menggunakan enjin empat selinder sebaris.

Paten V4 ini bukanlah sesuatu yang asing dan sekali lagi, majalah motosikal Jepun – Young Machine membuat lakaran kasar tentang apa yang mereka bayangkan sebagai RVF1000 – Superbike Honda dengan enjin empat selinder V.

Aneh?

Tidak. Ia memang wujud di MotoGP dan kalau anda mampu, memeng boleh beli pun. RC213V-S yang ditunggang Marc Marquez adalah motosikal lumba versi jalanan yang anda boleh beli jika mampu. Maksud saya, RM1 juta untuk sebuah Honda V4 buatan tangan replika MotoGP.

Bandingkan pula dengan harga sebuah Panigale V4 dan jika dilihat pada rangkaian Panigale 1199 dan 1299, model asasnya masih berada pada lingkungan harga RM150,000. Jauh benar kalau nak dibandingkan dengan RC213V-S tadi.

Sebab itu juga, kami yakin, lambat laun, Honda akan hasilkan Superbike V4 untuk pasaran umum. Cuma kita tidak akan tahu variasinya bagaimana.

Ia mungkin jadi seperti Kawasaki, membuat H2/H2R berasingan dengan ZX-10R. Mereka ada superbike 1000cc ZX10 yang hebat jadi juara WSBK tetapi dalam masa yang sama ada H2/H2R supercharger untuk pasaran eksotik.

Mungkin Honda akan gunakan resepi yang sama dan menurut sumer dari Young Machinne, mereka percaya Honda akan membangunkan superbike V4 ini untuk pasaran dunia pada tahun 2020.

 

 

 

(Visited 4,252 times, 211 visits today)

Share this post

scroll to top