PERKHIDMATAN E-PANGGILAN BAKAL JEJASKAN JUALAN KENDERAAN – KAJIAN

SHARE

Satu kajian yang dijalankan oleh IHS Markit mendedahkan bahawa jualan kenderaan global akan menurun dalam tempoh dua dekad akan datang.

Penurunan itu berikutan pengguna lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan panggilan kenderaan (e-hailing) seperti Grab, Uber atau Lyft.  

Kini, lebih 80 juta kenderan dijual di pasaran Amerika Syarikat, Eropah, China dan India. Namun, angka itu dijangka menurun kepada 54 juta dalam tempoh 23 tahun akan datang.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa kenderaan elektrik sepenuhnya akan merangkumi 19 peratus jualan kereta menjelang tahun 2040. Sementara model plug-in hybrid mewakili 14 peratus. Jualan kereta yang dikuasakan oleh enjin petrol atau diesel pula sebanyak 62 peratus di pasaran yang dinyatakan tadi.

Naib Pengerusi IHS Markit, Daniel Yergin menyatakan perubahan itu baru di peringkat permulaan.

Biarpun begitu, industri perkhidmatan mobiliti akan membeli lebih 10 juta buah kenderaan pada tahun 2040 di empat buah pasaran yang dikaji. Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya sekitar 300,000 unit pada masa sekarang.

Walaupun jumlah jualan kenderaan adalah lebih rendah pada masa depan, pemintaan terhadap bahan api bagaimanapun dijangka terus meningkat daripada 98 juta tong sehari kepada 115 juta tong pada tahun 2040.

Namun, harus tahu bahawa kereta hanya menggunakan satu pertiga daripada permintaan bahan api tersebut.

Share this post

scroll to top