Buletin

PERODUA BAKAL BINA ECO PARK – DIJANGKA SIAP OKTOBER 2017

Perodua mengambil satu lagi langkah penting ke arah persekitaran lebih hijau apabila bakal membina sebuah Eco Park dalam kampus seluas 500 ekar miliknya di Sungai Choh, Rawang, Selangor. 

Eco Park itu terletak di tengah-tengah kemudahan pengilangan Perodua. Ia merangkumi sebuah kebun kecil untuk menanam sayur-sayuran hidroponik dan tempat rehat buat kakitangannya.

“Matlamat kami adalah untuk menambah baik operasi dan lebih mesra alam. Kami mahu jadi sebuah syarikat yang betul-betul ‘hijau’,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Semua bekalan elektrik taman itu menggunakan kuasa solar dan bateri yang boleh dicaj semula. Sementara binaan dalam Perodua Eco Park diambil daripada material buangan daripada kilang yang mengamalkan method reduce, re-use dan recycle (3R).

Perodua Eco Park melibatkan kawasan seluas 1,500 meter persegi dan kos pembinaannya dianggarkan mencecah RM300,000. Ia dijangka siap pada Oktober 2017.

Pengumuman mengenai Perodua Eco Park itu dibuat sempena Bulan Eco Perodua 217 yang dirasmikan oleh Aminar, Presiden Perodua Auto Corporation,  Masanori Takahashi dan Presiden Perodua Global Manufacturing, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim pada 1 Jun lalu.

Google ads
Back to top button