Buletin

PERODUA BEZZA RASMI DILANCARKAN

Perodua akhirnya melancarkan model sedan pertamanya, Bezza hari ini.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (4)

Sedan tersebut ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.3L Advance, 1.3L Premium X dan 1.0L MT/AT. Model ini boleh anda miliki pada harga bermula RM37,000 hingga RM52,800 seunit bergantung kepada varian.

Dengan tagline ‘Best Compact’, Bezza nyata tampil bersedia. Sebagai model teratas, varian 1.3L Advance dilengkapi sistem Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), Hill Start Assist (HSA) dan Brake Assist (BA).

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (10)

Bukan itu sahaja, Bezza turut dipasang dengan sistem Eco Idle. Sekali gus meningkatkan lagi tahap penjimatan bahan api sehingga 22km bagi setiap liter petrol. Jaxi, satu tangki penuh boleh membawa anda sejauh 792km.

Bezza dikuasakan oleh enjin1.3 liter 1 NR-VE dengan VVT-i. Sementara varian 1.0L pula dilengkapi enjin 1KR-VE.  Enjin itu dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan automatik atau lima kelajuan manual.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (3)

Satu lagi ciri yang pertama pada moxel.Perodua yang dipasang pada Bezza ialab butang penghidup enjin dan kemasukan tanpa kunci pintar (varian 1.3L sahaja).

Di bahagian kabin pula, varian 1.3L Advance didatangkan dengan ciri smart-link. Ia membolehkan pemandu menggunakan aplikasi Waze dan Google Maps.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (2)

Bagi membuatkan Bezza bertambah menarik, sedan itu dilengkapi antera jenis shark fin, butang untuk membuka but, alat pengesan bahagian sisi dan hadapan, kamera undur serta banyak lagi.

Bezza didatangkan dalam enam warna menarik seperti coklat dan biru metalik(varian 1.3L). Selain warna merah, hitam, perak, dan putih.

Google ads
Back to top button