Buletin

PERODUA KL – PUSAT JUALAN KERETA BAHARU TERPAKAI PERTAMA PERODUA KINI BEROPERASI

Premis jualan kenderaan baharu dan terpakai yang pertama Perodua, Perodua KL kini sudah beroperasi secara rasmi.

Ia boleh menjadi lokasi ideal untuk mereka yang mahu mendapatkan tawaran terbaik  bagi kenderaan baharu dan terpakai yang diiktiraf oleh Perodua.

Terletak di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, ia merupakan pusat jualan terbesar dan melibatkan pelaburan sebanyak RM1.7 juta.

“Pusat jualan ini merupakan satu lagi inisiatif Perodua untuk memberi ketenangan minda dan kemudahan buat para pelanggan,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Zahari Husin.

Kenderaan terpakai itu telah diperiksa dan dibaik pulih secara teliti oleh juruteknik terlatih di pusat-pusat servis Perodua.

Lebih menarik lagi, outlet ini turut menerima trade-in kenderaan daripada mana-mana jenama, tetapi pelanggan hanya akan ditawarkan dengan kenderaan terpakai Perodua.

“Perniagaan kereta terpakai kami menawarkan mode pengangkutan yang mampu milik bersama jaminan lanjutan untuk model-model terpilih,” kata Zahari lagi.

Jaminan lanjutan sehingga 18 bulan itu meliputi enjin dan transmisi. Jadi, pelanggan tidak perlu bimbang dari segi ketahanannya.

Google ads
Back to top button