Buletin

PERODUA KUASAI 36.1% TIV, SERAH 20K BEZZA DALAM MASA 90 HARI  

Perodua dilihat terus mencatat jualan memberangsangkan apabila berjaya menjual 150,900 unit kenderaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Angka itu membolehkan pengeluar kereta tempatan itu menguasai pasaran TIV (total industry volume) sebanyak 36.1 peratus. Perkembangan itu disumbang oleh sedan pertamanya, Bezza.

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (13)

Sejak dilancarkan pada 21 Julai lalu, Perodua sudahpun mendaftarkan 20,000 unit Bezza. Ini merupakan rekod penghantaran model baharu paling tinggi untuk tempoh 90 hari dalam sejarahnya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana memilih Perodua. Kami beri jaminan bahawa penghantaran Bezza akan dibuat dalam tempoh menunggu yang singka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Sebagai perbandingan, Perodua menjual 157,500 unit kenderaan sepanjang tempoh sama pada tahun 2015. Jurang defisit jualan itu kini berada pada 4.2 peratus. Bagi suku ketiga tahun ini, sebanyak 45,300 unit kenderaan dijual, merosot 7.5 peratus daripada 49,000 unit yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

Perodua-campaign-2016-mekanika (1)

Dari segi selepas jualan pula, Perodua menyaksikan pengambilan sebanyak 1.51 juta unit kenderaan di 201 buah pusat servisnya di seluruh negara mulai 1 Januari hingga 30 September. Tahun lalu, ia mencatatkan pengambilan 1.45 juta unit kenderaan.

Dalam tempoh sembilan bulan itu, Perodua telah menghasilkan 153,700 unit kenderaan. Angka itu 9 peratus lebih rendah (168,300) untuk tempoh sama tahun 2015. Penurunan tersebut berikutan kondisi pasaran yang perlahan.

Perodua-campaign-2016-mekanika (2)

Menjangkakan suku keempat yang lebih mencabar, maka Perodua akan melaksanakan beberapa inisiatif untuk memacu jualannya. Ini termasuklah peraduan  “Pandu Uji dan Menang”. Pelanggan berpeluang memenangi sebuah Perodua Perodua Bezza Advance (dengan aksesori GearUp) dan percutian ke China.

Google ads
Back to top button