Buletin

PERODUA LANCAR JENAMA AKSESORI GEARUP

Berita baik untuk pemilik kenderaan Perodua yang ingin memasang aksesori tulen pada kereta masing-masing.

Perodua-GearUp-mekanika (7)

Ini kerana Perodua baru-baru ini telah melancarkan jenama aksesorinya yang diberi nama GearUp. Aksesori itu menawarkan penambahbaikan dari segi kosmetik pada bahagian luaran dan dalaman model Perodua.

Pakej-pakej aksesori tersebut ditawarkan pada harga bermula RM260 hingga RM3,600. Sebagai permulaan, aksesori itu boleh dibeli untuk model Axia, sebelum diperluaskan kepada model Myvi pada Mei depan.

Perodua-GearUp-mekanika (4)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu nama GearUp dipilih kerana ia menggalakkan pelanggan supaya bertindak dan menaik tarap model Perodua berdasarkan kepada cita rasa mereka.

“Para pelanggan boleh menambah aksesori ini dan kosnya akan diserap ke dalam pakej sewa beli. Bayaran bulanan tidak jauh berbeza. Kami juga menawarkan jaminan terhadap aksesori ini,” kata Aminar.

Perodua-GearUp-mekanika (6)

Orang ramai juga harus mengambil peluang atas tawaran harga pengenalan serendah RM2,200 bermula dari 16 April hingga 31 Ogos 2015.

Perodua-GearUp-mekanika (1)

Aksesori ini boleh dibeli di semua 182 pusat jualan dan 183 pusat servis Perodua di seluruh negara mulai sekarang. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button