Buletin

PERODUA METERAI MOU DENGAN PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Perodua Sales Sdn. Bhd. (PSSB) hari ini memeterai perjanjian untuk bekerjasama bagi meningkatkan kemahiran generasi muda dalam bidang automotif.

Perodua-MoU-Perda-mekanika (1)

Menerusi perjanjian ini, PERDA menawarkan bangunan PERDA-TECH untuk dijadikan sebagai Pusat Latihan Teknikal Perodua. Selain berfungsi sebagai kemudahan tempat tinggal bagi para pelatih Perodua di wilayah utara.

Perodua pula akan membekalkan bahan-bahan latihan seperti peralatan teknologi, mesin-mesin dan kenderaan latihan. Semua itu akan diatur seperti pusat servis Perodua yang sebenar. Ia juga boleh diguna pakai oleh PERDA-TECH untuk tujuan pembelajaran.

Perodua-MoU-Perda-mekanika (3)

Kos keseluruhan melengkapkan bangunan tersebut adalah sebanyak RM250,000. Ia merangkumi kos alat bantu mengajar, peralatan, kenderaan untuk latihan, simulator enjin dan peralatan bengkel.

PERDA membelanjakan RM 170,000 bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan dan bengkel sedia ada untuk dijadikan Pusat Latihan Teknikal Perodua.

Perodua akan menyediakan tenaga pengajar bagi membantu PERDA-TECH untuk  meningkatkan kemahiran tenaga pengajar dan pelatih dalam bidang teknologi automotif terkini.

“Dengan adanya pusat ini, kakitangan Perodua di kawasan utara juga boleh menjalani latihan di sana,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh.

Google ads
Back to top button