PERODUA MYVI RASMI DILANCARKAN – 4 VARIAN, ADVANCE SAFETY ASSIST

SHARE

Perodua hari ini melancarkan model terlarisnya, Myvi serba baharu secara rasmi.

Myvi dilihat terus mendapat sambutan hangat apabila berjaya mencatat tempahan sebanyak 5,000 tempahan dalam masa hanya enam sahaja sahaja.

Myvi yang dilengkapi pelbagai ciri baharu itu ditawarkan pada harga bermula RM44,300 hingga RM55,300 seunit. Pelanggan boleh memilih daripada empat varian iaitu 1.5 AV, 1.5 H, 1.3 X dan 1.3 G.

Kereta kegemaran rakyat Malaysia ini dikuasakan oleh enjin 1.3 liter atau 1.5 liter Dual VVT-I yang turut digunakan pada sedan Bezza serta Toyota Vios. Penjimatan bahan api yang mampu dicatat ialah 21.km/l bagi enjin 1.3L dan 20.1km/l (1.5L).

Penjimatan dipertingkatkan lagi menerusi sistem Eco Idle yang berfungsi memati kan enjin secara automatik.

Harus tahu bahawa jentera ini menerima penambahbaikan ketara dari segi keselamatan termaju yang dikenali sebagai Advanced Safety Assist. Pertama kali dipasang pada Myvi, Advanced Safety Assist terdiri daripada empat fungsi utama iaitu Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan lain seperti enam beg udara, ABS, EBD, Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control, Emergency Stop Signal, Hill Start Assist dan kamera undur (bergantung kepada varian).

Dengan harga yang sangat kompetitif, rangkaian ciri keselamatan tersebut pasti menarik minat lebih raai pengguna terhadap Myvi.

Barisan ciri yang mengagumkan diteruskan lagi sengan sistem bacaan kad tol, sistem multimedia dengan navigasi dan Smart Link untuk Android, speed sensing wiper, system kemasukan pintar, butang penghidup enjin serta lampu LED bersama ciri auto-off dan follow me home.

Dari segi luaran Myvi kini kelihatan lebih rendah berbanding model terdahulu. Biarpun nampak lebih sporty, namun kelegaan ruang kepala penumpang terpaksa dikorbankan.

Penampilannya itu diserlah dengan lampu LED di depan dan belakang, selain rim aloi dua tona bersaiz 15 inci.

Bagi menjadikannya lebih praktikal bagi kegunaan semua, tempat duduk Myvi boleh dilipat dengan 8+1 konfigurasi. Jadi, urusan membawa penumpang dan barang bukan lagi menjadi satu masalah.  

“Perodua mensasarkan untuk menjual 6,000 unit Myvi sebulan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Myvi didatangkan dalam enam warna iaitu putih, perak, ungu, merah, hijau (warna baharu untuk varian 1.3L sahaja) dan kelabu (1.5L sahaja). Ia juga hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan sejau 150,000km.

GALERI 

Myvi GearUp

(Visited 2,067 times, 9 visits today)

Share this post

scroll to top