PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN – BAHAGIAN 2

PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN 17 Wolfrace Brooklands

SHARE

Sebelum ini kami ada paparkan artikel mengenai Perodua Myvi Wolfrace Design Concept 2011. Ini adalah sambungannya. Memandangkan Myvi Wolfrace Design itu hanyalah sebuah kereta konsep, enam bulan dan setahun selepas dipertontonkan, Perodua UK pada Mei 2012 dan kemudian Disember 2012 telah melancarkan versi jalanan yang boleh dibeli orang ramai.

Tetapi tidaklah ramai kerana Myvi Wolfrace Design hanya dikeluarkan dalam unit yang betul-betul terhad iaitu sepuluh buah sahaja.

Kerjasama Perodua dengan Wolfrace Wheels (UK) Limited ini menawarkan Myvi dengan sentuhan berbeza daripada yang lain. Namun versi jalanan ini agak berbeza dengan model konsep yang dipertontonkan.

PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN 16 inci Wolfrace Ravenna

PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN 16 inci Wolfrace Ravenna

Roda aloi hitam kilat 16 inci dari model Wolfrace Shark Alutec pada model konsep digantikan dengan tiga saiz dan model rim iaitu 17 inci Wolfrace Brooklands, 16 inci Wolfrace Ravenna atau 14 inci Davos untuk ukuran lebih kecil. Juga tiada ialah spring rendah Eibach serta cermin sisi dan spoiler but berwarna merah seperti model konsep.

Di bahagian sisi pula dilekatkan grafik bendera tamat perlumbaan dengan logo Wolfrace Design pada pintu belakang dan but.

Peralatan standard ialah penyaman udara, stereng berkuasa, empat tingkap berkuasa, cermin sisi elektrik dan pemain cakera padat. Naik taraf kemasan kulit atau alcantara pula berharga GBP 1,000.00

Perodua Myvi Wolfrace Design didatangkan dua pilihan warna iaitu Ebony Black atau Medallion Grey dengan transmisi manual.

BACA: WAJAH-WAJAH YANG DILUPAKAN: PERODUA KELISA

PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN 14 inci Davos

PERODUA MYVI WOLFRACE DESIGN 14 inci Davos

Berapakah pula harganya?

GBP 7,999 untuk model roda 16 inci Ravenna atau 17 inci Brooklands yang bersamaan RM 39,445.47 (fxtop.com 13/12/12)

GBP 7,399 untuk model 14 inci Davos, bersamaan RM 36,486.69 (fxtop.com 13/12/12)

BACA: PERODUA MYVI RACY DARI SANDAKAN SABAH

 

(Visited 1,680 times, 28 visits today)

Share this post

scroll to top