PERODUA SASAR PERTUMBUHAN 2% – MAHU JUAL 209k UNIT KENDERAAN PADA TAHUN 2018

SHARE

Perodua hari ini mengumumkan bahawa ia mensasarkan untuk menjual 209,000 unit kenderaan untuk tahun 2018, naik dua peratus berbanding 204,900 unit yang didaftarkan pada 2017.

Sasaran itu dibuat berikutan permintaan yang kukuh ke atas barisan model sedia adanya.  

“Momentum yang dibawa oleh Bezza pada awal tahun 2017, selain permintaan berterusan ke atas model-model lian membantu kami menjadi jenama paling laris di malaysia untuk 12 tahun berturut-turut.

“Berdasarkan kepada pengiraan dalaman, kami menjangkakan jumlah industri keseluruhan (TIV) akan meningkat kepada 590,000 unit pada tahun 2018. Ini akan menyaksikan perkongsian pasaran Perodua kekal lebih 35 peratus,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Mengulas mengenai prestasi jualan semasa, angka jualan 204,900 unit melepasi sasaran awal Perodua iaitu 202,000. Biarpun begitu, prestasi tahun 2017 adalah sedikit menurun berbanding 207,100 unit pada tahun sebelumnya .  

Justeru, Perodua menjangka angka jualan akan kembali meningkat tahun ini berikutan iklim ekonomi yang lebih baik dan momentum berterusan model Myvi.

myvi 2017

Sehingga kini, Myvi sudah mencatat tempahan lebih 36,000 sejak November 2017 denga  lebih 11,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan.

Dari segi tanggungjawab korporat sosial pula, Perodua akan menjalankan beberapa projek jangka masa panjang yang berkaitan dengan remaja dan bidang sukan.  

Projek itu dimulakan dengan Perodua Malaysia Masters, pertandingan badminton antarabangsa yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, dengan pertandingan akhirnya bakal diadakan pada Ahad ini.  

Share this post

scroll to top