Buletin

PERODUA TAYANG GAMBAR ALZA BAHARU DI FB – LANCAR TIDAK LAMA LAGI?

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 kepada semua pembaca Mekanika Malaysia.

Perodua hari ini membuat kejutan apabila berkongsi sekeping gambar model Alza baharu di laman Facebook rasminya. Dari gambar tersebut, tidak mustahil Perodua akan melancarkan Alza tidak lama lagi.

Sebelum ini, Mekanika Malaysia ada berkongsi dua keping gambar yang menunjukkan Alza sudah menerima penambahbaikan dari segi bampar hadapan dan belakang.

Melihat kepada gambar ini, Alza baharu menerima bampar hadapan dan belakang dengan rekaan baharu. Sedia maklum bahawa Alza sudah berada di pasaran tempatan lebih 10 tahun. Memang sudah masanya untuk ia diganti dengan model baharu.

BACA: PERODUA AKAN PERKENAL ALZA FACELIFT BULAN DEPAN?

Selain bampar baharu, Alza 2018 juga dikatakan akan menerima sistem infotainmen sama seperti yang dipasang pada Myvi sekarang. Jadi, tiada lagi pemain cakera padat. Ada lagi ke orang guna CD sekarang ni?

Rangkaian kuasa Alza bagaimanapun tidak berubah. Ia masih menggunakan enjin enjin DOHC, 16 injap dengan sistem DVVT bersesaran 1.5 liter yang dipadankan bersama kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga 104PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 136Nm @ 4,400rpm.

Alza yang kali terakhir melakukan facelift pada tahun 2014 ditawarkan dalam lima varian iaitu Standard (MT dan AT), SE (MT dan AT) dan Advanced Version yang hadir dalam versi automatik sahaja.

Google ads
Back to top button