Buletin

PERODUA TWECKBOT HARI RAYA

Perodua akan menawarkan pemeriksaan keselamatan 50 poin ke atas semua kenderaan Perodua di lokasi-lokasi terpilih sempena kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Perodua-Tweckbot-2015-mekanika (2)

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi program Tweckbot kali kedua bagi memastikan para pelanggannya dapat pulang ke kampung dengan selamat.

Program Tweckbot yang diperkenalkan pada tahun 2011 membolehkan Perodua berhubung dengan para pelanggannya menerusi media sosial, sebelum melakukan pemeriksaan kenderaan di lokasi, masa dan tarikh tertentu. Pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, program Tweckbot berjaya memeriksa hampir 500 kenderaan.

Lokasi pasukan Tweckbot adalah seperti berikut:

Exif_JPEG_420

Kawasan Pantai Timur:

12-14 Jun  – Kuantan Parade, Kuantan

30, 31 Julai & 1 Ogos – Giant K.Terengganu, Giant Gong Badak , Terengganu

Wilayah Tengah:

12 -14th Jun – Giant Shah Alam, Shah Alam

30, 31 Julai & 1 Ogos –  Giant Shah Alam, Shah Alam

Exif_JPEG_420

Pasukan Tweckbot hanya melakukan pemeriksaan. Mereka akan memberi nasihat kepada pelanggan sama ada kenderaan perlu diservis atau sebaliknya.

Ia melibatkan pemeriksaan enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa dan banyak lagi. Kenderaan yang pergi ke pusat servis juga layak menerima diskaun sebanyak 20 peratus ke atas alat ganti dan aksesori (tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button