Buletin

PERTANDINGAN TINT-OFF ASIA PASIFIK 2014

Para pemasang filem tingkap automotif dari seluruh rantau ini dilihat bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam Kejohanan Tint-Off Asia Pasifik 2014 yang diadakan di Malaysia baru-baru ini. 

LLumar-tint-off-challenge-2014-mekanika (2)

Acara yang berlangsung di Sunway Convention Center ini merupakan lanjutan daripada pusingan kelayakan peringkat negara, melibatkan semua negara yang mengambil bahagian. Pemenang dari setiap negara tersebut berpeluang menunjukkan kemahiran mereka dalam usaha memenangi pelbagai hadiah hebat.

Setiap peserta diberikan sebuah Volkswagen Passat untuk dipasang dengan filem tingkap automotif siri AIR berkualiti tinggi daripada LLumar®. Teknologi nano-seramik dan pelindungan terbaik daripada sinaran ultra violet dan meningkatkan tahap penglihatan yang ditawarkan oleh filem ini nyata telah mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia.

LLumar-tint-off-challenge-2014-mekanika (3)

Akhirnya, pemasang profesional dari Korea Selatan Ju Jongcheol dinobat sebagai juara. Memperoleh 95 mata, Jongcheol mengalahkan 15 peserta lain dari rantau Asia Pasifik, Australasia dan Asia Barat.

Lim Loke Choon dari Malaysia menduduki tempat kedua dengan 94 mata. Sementara Zheng Shihai dari China berada di tempat ketiga dengan skor 93 mata.

LLumar-tint-off-challenge-2014-mekanika (7)

Pertandingan ini menitikberatkan tentang kemahiran dan rasa bangga dengan hasil tugas yang telah disempurnakan. Menggunakan filem tingkap automotif LLumar®, para peserta dilihat cuba sedaya upaya melaksanakan tugas dengan sempurna dalam tempoh 120 minit.

Pemenang dinilai berdasarkan pelbagai faktor seperti kekemasan pemasangan, kebersihan kenderaan/sedia untuk dipulangkan, kualiti pemasangan (jurang, potongan pada setiap sudut dan kerosakan yang dapat dilihat dengan jelas).

LLumar-tint-off-challenge-2014-mekanika (8)

“Industri filem tingkap merupakan salah satu daripada sektor hiliran yang penting dalam dunia automotif. Pertandingan peringkat antarabangsa seperti ini memberi peluang kepada para pemasang filem tingkap automotif untuk meningkatkan standard, tertukar-tukar amalan kerja yang terbaik dan berkenalan di antara satu sama lain sepanjang acara berlangsung,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Eastman Performance Films, Travis Smith.

Kejohanan ini telah dimulakan sejak 14 tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) apabila pengeluar filem tingkap profesional, LLumar yang berpangkalan di AS mula menaja serta menganjurkan persidangan dan pertandingan tint-off di peringkat antarabangsa.

LLumar-tint-off-challenge-2014-mekanika (4)

Kejayaan pertandingan di AS membawa kepada bermulanya acara sama di rantau Asia Pasifik dengan kejohanan pertama diadakan di Shenzhen, China pada tahun 2011. Manakala pertandingan kedua diadakan di Jakarta, Indonesia pada tahun 2012. Kini, pertandingan tersebut diadakan untuk kali ketiga di rantau ini dan yang pertama di Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button