Buletin

PESAING FORTUNER & PAJERO SPORT

Sebelum berakhirnya 2015, pasaran Amerika Syarikat menerima model kemas kini Nissan Pathfinder 2016.

nissan-pathfinder-2016-mekanika (7)

Rekaan hadapan Nissan Pathfinder masih kekal sama. Cuma yang berubah adalah bahagian belakang. Nissan menawarkan rekaan lampu belakang baharu bersama sistem LED.

Kebanyakan perubahan dilakukan pada kabin. Papan pemuka didatangkan dengan material baharu serta susunan butang kawalan secara umumnya lebih jelas dan ringkas. Ia bukan sahaja membolehkan pemandu menumpukan perhatian ke arah jalan. Bahkan menawarkan pengalaman yang menyenangkan kepada penumpang.

nissan-pathfinder-2016-mekanika (4)

Model 2016 itu juga dilengkapi paparan skrin 7-inci bersama kamera undur, sistem audio dengan sambungan USB dan Bluetooth. Turut tersedia sistem navigasi dan kemasan kulit pada kerusi sebagai pilihan.

Penambahan ciri yang lain ialah ciri pemanas pada kerusi, stereng dan cermin sisi bagi varian SV.

nissan-pathfinder-2016-mekanika (8)

Kini barisan kerusi kedua turut dilengkapi dengan pelarasan ke depan dan belakang untuk memudahkan akses bagi penumpang barisan ketiga.

Nissan Pathfinder 2016 menawarkan fleksibiliti, penjimatan bahan api dan keselesaan untuk tujuh penumpang. Model  SUV (kenderaan utiliti sport) itu tersedia dengan sistem pacuan roda hadapan dan pacuan empat roda.

nissan-pathfinder-2016-mekanika (10)

Di bawah hudnya tersedia enjin  3.5-liter DOHC V6 bertenaga 260hp dan tork 240lbft. Penghantaran kuasa ke roda ditugaskan kepada transmisi Xtronic CVT.

Demi ketenangan pemilik, Nissan Pathfinder dipadankan dengan beg udara, Vehicle Dynamic Control, Traction Control System, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, Active Brake Limited Slip dan lain-lain.

nissan-pathfinder-2016-mekanika (11)

Didatangkan dengan enam pilihan varian, harga jualan Pathfinder bermula AS$29,780 (RM128, 012).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button