Buletin

PETRON LANCAR BLAZE 97 EURO-4M

Petron mengukuhkan komitmennya untuk menawarkan bahan api premium dan mesra alam menerusi pengenalan Blaze 97 Euro-4M baru-baru ini ke seluruh negara.

Petron-Blaze-97-4M-mekanika (6)

Blaze 97 Euro-4M ialah bahan api berprestasi tinggi baharu yang dilengkapi tiga tindakan yang mampu memberikan lebih kuasa, jarak dan perlindungan enjin. Ia juga menepati standard alam sekitar yang lebih ketat. Jadi, minyak ini dikatakan kurang emisi.

Bagi merasai sendiri kuasa Blaze 97 Euro-4M, sekumpulan wartawan dijemput untuk menghadiri sesi pandu uji dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang baru-baru ini. Memandu Honda City, kualiti bahan api ini dapat dirasai menerusi pengalaman pemanduan serta prestasi yang lebih lancar dan bertenaga.

Petron-Blaze-97-4M-mekanika (7)

“Pelancaran Blaze 97 Euro-4M adalah sebahagian daripada janji kami untuk memperkenalkan bahan api yang relevan dan tercanggih kepada para pelanggan. Kami juga akan meneruskan kempen Fuel Happy menerusi bahan api bertaraf dunia, perkhidmatan yang inovatif dan hubungan bermanfaat,” kata Ketua Peruncitan Petron, Faridah Ali.

Untuk makluman, Blaze 97 Euro-4M merupakan bahan api beroktana tinggi yang mengandungi aditif terbaik. Ia menjanjikan pembakaran yang lebih efisien untuk prestasi optimum enjin. Selain hadir bersama tindakan pembersihan yang mampu menghilangkan deposit dengan pantas.

Petron-Blaze-97-4M-mekanika (8)

Dengan spesifikasi Euro-4M, kandungan sulfur dan benzene di dalam Blaze 97 Euro-4M telah dikurangkan secara signifikan demi menawarkan emisi yang lebih bersih.

Lima terminal Petron di Port Dickson, Bagan Luar, Kuantan, Pasir Gudang dan Teluk Sepanggar kini mematuhi spesifikasi Euro-4M. Ia membekalkan Blaze 97 Euro-4M kepada lebih 560 stesen Petron di seluruh negara. Langkah itu juga menyokong mandat kerajaan bagi memastikan bahan api Euro-4M berada di pasaran mulai September 2015.

Petron-Blaze-97-4M-mekanika (3)

Sebagai langkah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, Petron juga  melancarkan bahan api lebih bersih di pasaran Filipina. Petron Filipina pada Jun telah melancarkan semula empat varian bahan api iaitu Blaze 100 (RON 100), XCS (RON 95), Xtra Advance (RON 93) dan Super Xtra (RON 91) yang menepati standard alam sekitar serta kualiti Euro 4 global.

Baru-baru ini, Petron dipilih sebagai pemenang anugerah Perak untuk kategori Bahan Api dan Minyak Pelincir Automotif dalam Putra Brand Awards 2015.

Petron-Blaze-97-4M-mekanika (5)

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas sokongan, kesetiaan dan kepercayaan mereka. Dalam masa hanya tiga tahun, kami telah menjadi jenama pilihan dalam pasaran yang sangat kompetitif ini. Kami juga komited untuk memberi pengalaman yang lebih bermakna di semua peringkat,” kata Faridah lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button