PETRON MEDIA ROAD TRIP – KELEBIHAN PRESTASI TRIACTION DENGAN PETROL BLAZE 95

SHARE

Petron Malaysia telah menganjurkan program kembara eksklusif untuk media pada 28 dan 29 November lalu untuk merasai kelebihan formulasi baru yang dinamakan Triaction Advantage bagi petrol paling popular mereka, Petron Blaza 95. Laluan yang dipilih merupakan antara yang terbaik dalam negara menggabungkan lebuhraya dan jalan-jalan luar bandar yang sememangnya memberikan gambaran sebenar dihadapi pemandu setiap hari.

Kembara ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 20 orang penulis dan blogger automotif untuk menyertai perjalanan sejauh hampir 280 kilometer dan memakan masa hampir 7 jam dari stesen Petron MRR2 Selayang menuju ke Gambang dengan beberapa perhentian antaranya di Kuala Gandah dan Temerloh.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Menurut Encik Choon Kum Choy, Ketua Retail Business Petron, mereka memang teruja untuk sekali lagi mengadakan sesi kembara bersama media untuk membolehkan peserta merasai sendiri formulasi baru Petron Blaze 95 dengan teknologi additif termaju yang dinamakan TriAction Advantage. Ini merupakan siri kembara kelima mereka bersama media dan merupakan antara sebagian dari promosi Fuel Happy.

Kembara dua hari dikuasakan dengan Petron Blaze 95 dan para peserta disediakan dengan barisan model-model kereta eksklusif terkini dari Euromobil Sdn Bhd (Audi), Honda Malaysia Sdn Bhd dan Perodua Sales Sdn Bhd.

BACA: PETRON LALUI PROSES AKREDITASI YANG BETUL – JADI PEMBEKAL PERALATAN SEJAK 2015

Dengan berlatar belakang pemandangan indah Lebuhraya Karak, LPT dan jalan luar bandar, konvoi para peserta bergerak dengan lancar pada kelajuan sebenar seharian sekitar 60-110 km/j dengan menggunakan Audi A6, Q3, Honda CRV dan Perodua Myvi. Dengan laluan yang berbeza-beza pihak media telah berpeluang merasai sendiri prestasi dan penjimatan yang ditawarkan Petron Blaze 95 dengan TriAction Advantage.

Konvoi Petron berhenti di Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah bagi menyelami suasana sebenar penghuni-penghuni di sana untuk seketika sebelum bergerak ke Temerloh untuk merasai hidangan Patin Tempoyak asli yang tersohor di sana. Kenderaan-kenderaan konvoi sekali lagi berhenti di Petron KM 3.5 Jalan Gambang dan diuji tahap penggunaan petrol sebelum perjalanan diteruskan ke tempat bermalam.

Untuk membuktikan tahap efisiensi bahan bakar Blaze 95, Petron telah bekerjasama dengan pihak Automotive Development Centre, dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia untuk membuat ukuran sekaligus mengesahkan prestasi dan penggunaan petrol setiap kenderaan.

Pada sesi soal jawabbersama media, Petron diwakili Chew Choy selaku Senior Technical Service Advisor menerangkan lebih lanjut tentang formulasi TriAction Advantage. Formulasi ini memberikan lebih kuasa, jarak yang lebih jauh dan perlindungan enjin yang lebih baik. Ini kerana ia mempunyai kombinasi aksi detergen yang membersihkan enjin, friction modifier yang mengurangkan geseran sekaligus menjadikan enjin lancar dan efisien selain penambahan additif untuk menggalakkan pembakaran.

Additif yang digunakan adalah jenis organik bebas dari unsur logam dan lebih bersih untuk membantu proses pembakaran enjin menjadi lebih sempurna. Hasilnya ialah lebih perbatuan dan pengurangan keluaran bahan berbahaya dan ekzos kenderaan.

Share this post

scroll to top