PETRON TAJA PERLUMBAAN 4X4 RAINFOREST CHALLENGE 2018

SHARE

Syarikat minyak Petron kembali sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi kepada salah satu daripada 10 acara off-road paling sukar di dunia, Acara Kemuncak Rainforest Challenge (RFC) di Malaysia. Petron telah membekalkan minyak kepada lebih 150 kenderaan 4×4 yang disertai oleh 300 peminat off-road yang terdiri daripada 30 buah negara yang bersaing dalam hutan hujan tropika di Malaysia bermula 24 November lalu.

“Petron berbangga untuk menjadi rakan kongsi liga sukan bermotor ekstrem 4×4 ini sebagai penaja  minyak rasmi untuk tahun ketiga. Rainforest Challenge semestinya melahirkan semangat kesukanan yang terbaik daripada semua peserta.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Tahun ini, kami memperkenalkan minyak enjin Petron Rev-X Engine Oil bagi melengkapkan Turbo Diesel Euro 5 dalam perlumbaan legendari ini untuk prestasi dan pembersihan enjin yang terbaik. Penajaan ini menunjukkan keunggulan produk kami yang telah terbukti sebagai minyak terbaik untuk perlumbaan mencabar termasuklah perlumbaan off-road serta untuk penggunaan harian pemandu,” kata Choong Kum Choy, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia.

“RFC sangat teruja dengan penyertaan Petron sebagai penaja minyak dan minyak enjin rasmi bagi menghadapi perlumbaan dalam keadaan yang sukar di musim tengkujuh. Muka bumi yang basah memerlukan produk tahan lasak untuk memastikan perjalanan yang lancar. Pepatah “Apabila berdepan dengan kesukaran hidup ataupun masa yang sukar, seseorang itu perlu bertahan, kuatkan semangat dan mengharungi saat itu dengan berani” sangat sesuai untuk digunakan bagi produk Petron yang telah digunakan dalam Rainforest Challenge.

Tahun ini, kami melalui sektor off-road terpanjang dalam musim tengkujuh, tapi kami yakin minyak enjin Petron telah berjaya menamatkan perlumbaan ini,” kata Luis J.A. Wee, Pengasas dan Pengurus Rainforest Challenge & Siri Global RFC.

Petron Turbo Diesel Euro 5 dirumuskan untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi bahan api yang lebih baik, dan memanjangkan hayat enjin. Ia mempunyai kandungan sulfur yang lebih rendah iaitu 10 bahagian per juta dan 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, mengurangkan pelepasan ekzos dan menahan haba melampau yang terdapat pada sistem suntikan minyak pada hari ini. Minyak Enjin Petron Rev-X melindungi enjin dengan Dynamic Cleaning Technology (DC Tech) untuk memastikan enjin bersih untuk perlindungan pakai yang lebih baik dan operasi yang lebih lancar.

RFC Malaysia, acara kemuncak perlumbaan off-road 4×4 merupakan acara terakhir dari Siri RFC Global (RFCGS) yang merupakan litar perlumbaan off-road di seluruh dunia yang merangkumi 22 negara dengan 45 acara. Tahun ini, peserta akan melalui Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan kemudiannya berakhir di Gua Musang. Peringkat-peringkat perlumbaan dinamakan Zon Predator, Terminator dan Twilight yang merangkumi curam yang tinggi, menyeberangi jambatan sempit, paya tropika, mengharungi kolam berlumpur dan menavigasi melalui sungai besar di Bering.

Acara bermula pada 24 November di Dataran Redha, Kota Lama Kota Bharu, konvoi diiringi oleh kereta polis tempatan ke tapak perkhemahan di Tumpat Pantai Sri Tujuh untuk bermalam semalaman. Para peserta mengisi minyak di stesen minyak Petron di Belimbing, Tanah Merah sebelum memasuki pit stop cabaran di Air Naga, Gua Harimau dan Bering.

Oleh kerana seksyen off-road jauh dari bandar atau kampung, kesemua kenderaan perlumbaan dan sokongan mesti mempunyai minyak yang mencukupi untuk bertahan dari 27 November sehingga 4 Disember. Pasukan tersebut memasuki perhentian terakhir di pit stop Pos Gob – penempatan orang asli terhujung di Kelantan yang merupakan tapak perkhemahan ke-6.

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kuala Betis untuk mengisi minyak kenderaan buat kali terakhir di stesen minyak Petron di Gua Musang.

Untuk maklumat tambahan mengenai RFC, sila layari laman web www.rainforest-challenge.com atau Instagram @rainforestchallenge @luisjawee.

Share this post

scroll to top