Buletin

PETRON TURBO DIESEL EURO 5 JADI PENGGERAK JENTERA 4X4 DALAM RAINFOREST CHALLENGE EDISI KE-21

Sebagai peneraju dalam inovasi bahan api, Petron telah memberi kuasa kepada 50 kenderaan yang menyertai acara “Rainforest Challenge” edisi ke-21 dengan Turbo Diesel Euro 5 – satu-satunya diesel mesra alam dengan kuasa turbo di Malaysia.

Rainforest Challenge merupakan ekspedisi pacuan 4 roda (4×4) yang disifatkan sebagai 10 perlumbaan bermotor paling sukar di dunia.

Turbo Diesel Euro 5 telah terbukti memberikan kuasa terbaik kepada kenderaan 4×4 dalam Rainforest Challenge 2017 edisi ke-21. Semua kenderaan ini berlumba dalam keadaan persekitaran yang sukar selama10 hari.

Perlumbaan ini membuktikan kehebatan formula bahan tambahan TriAction Advantage dalam bahan api diesel tersebut. TriAction Advantage adalah sistem tambahan premium dalam Turbo Diesel Euro 5 yang memberikan lebih kuasa kepada kenderaan dan operasi enjin.

Pada tahun ini, semua pasukan berdepan cabaran ‘Prologue’ di peringkat awal berhampiran Balok, Pahang sebelum masuk ke dalam hutan. Di sana, mereka mengharung sungai yang deras dan bukit cerun di laluan ‘Predator’ yang terletak di Sungai Lembing.

Para peserta kemudian berkumpul di Jeram Buloh, Chini untuk peringkat ‘Terminator’. Cabaran ‘Muddy Madness’ di sana menguji kemahiran dan penilaian pemandu untuk melalui dan keluar dari kawasan berbukit dan berlumpur.

Akhirnya, konvoi selamat melalui kawasan Selancar dan bermalam di Pukin. Peserta kemudiannya keluar dari zon ‘Twilight’ Hulu Pukin dan berkumpul semula di Sebarau sebelum menuju ke Rompin.

“Kami sangat teruja untuk menjadi penaja bahan api utama buat kali kedua berturut-turut. Acara ini menunjukkan  bagaimana Turbo Diesel Euro 5 terbukti berkesan seperti yang dijanjikan iaitu memberikan kuasa yang lebih baik, perlindungan enjin hebat dan lebih kilometer.

“Dengan menggunakan bahan api yang tepat, kenderaan 4×4 dalam edisi ini dapat mencapai prestasi terbaik dan muncul sebagai pemenang,” kata Ketua Dagangan Runcit Petron, Faridah Ali.

Para pemandu tersebut datang dari Malaysia, Brunei, China, Kemboja, Ecuador, Filipina, Portugal, Rusia, Sepanyol dan banyak lagi. Mereka mempamerkan kemahiran mengemudi kenderaan 4×4 merentasi alam semula jadi untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Acara ini mempertandingkan tujuh kategori: Bawah 3,050cc, atas 3,050cc, pengeluar trak pikap, trak pikap dimodifikasi, portal axle, electric winch dan PTO winch.

Pasukan Maxxis dari Sabah muncul sebagai juara Rainforest Challenge 2017. Pasukan Rusia 104 pula berjaya memenangi hadiah tempat pertama. Manakala Team Malaysia 117 memenangi hadiah tempat ke-2. Pasukan ke-3 dan ke-4 masing-masing dimenangi oleh pasukan Rusia 107 dan pasukan Rusia 105.

Rainforest Challenge 2017 diadakan dari 23 November hingga 4 Disember.

Turbo Diesel Euro 5 kini boleh didapati di 115 stesen Petron di seluruh Semenanjung Malaysia dan bakal dilancarkan di lebih banyak stesen pada masa depan.

Google ads
Back to top button