Buletin

PETRONAS CARI JURUTERA MINYAK PELINCIR PASUKAN AMG FORMULA SATU

Petronas, menerusi subsidiari Petronas Lubricant Intrnational (PLI) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pasukan Mercedes-AMG PTERONAS Motorsport sebagai jurutera pelinciran dan cecair.

Calon yang berminat akan diserapkan ke jawatan Jurutera Pelinciran Litar Lumba (Trackslide Fluid Engineer) dan apa yang lebih menarik, tugas yang diberikan ini adalah peluang untuk bekerja terus dengan pasukan perlumbaan paling ulung di dunia.

Pengarah Urusan dan Keua Pegawai Eksekutif PLI, Guiseppe D’Arrigo berkata “Peluang menyertai pasukan penyelidik pelinciran dalam pasukan yang paling berprestij di dunia adalah sesuatu yang jarang dibuka. Jika anda berkelayakan, mari jadi sebahagian daripada pasukan kami”

Turut bersama dalam majlis semalam ialah Ketua Jurutera Teknologi PLI, Eric Holthusen dan Jurutera Pelinciran Litar Lumba PTERONAS, En Ahmad Nasri Shafie.

Setakat ini, PLI sudah menerima lebih 2500 permohonan dari seluruh dunia dan lebih separuh daripadanya datang daripada rakyat Malaysia. Petronas mahu cari bakat yang benar-benar mampu menggalas tanggungjawab mencabar tersebut.

Antara kriteria yang ditetapkan oleh PLI kepada pemohon ialah

  • Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal, Kimia atau Kejuruteraan Automotif (atau yang setaraf)
  • Berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam bidang berkaitan.
  • Pemahaman asas tentang teknik analitikal kimia dan instrumen terbabit.
  • Boleh belajar dengan pantas. 
  • Kemahiran komunikasi yang bagus dan atitud positif untuk bekerja dengan pasukan.
  • Ada motivasi dan kesungguhan untuk mempromosikan Petronas dan pasukan F1.
  • Lancar dalam bahasa Inggeris.

Kepada anda yang berminat boleh melawat page LinkedIn PETRONAS Lubricant International atau menghantar permohonan ke alamat email [email protected].

Google ads
Back to top button