Buletin

PEUGEOT 205 GTI 1990 KALIS PELURU MILIK PRESIDEN LV INI BAKAL DIJUAL

Biasanya kalau bercakap tentang kereta perisai atau kalis peluru, kita mesti terbayangkan model limosin, SUV atau kenderaan tentera.

Tetapi, itu hanya tanggapan anda. Tahukah anda bahawa Peugeot 205 GTI 1.9 klasik ini merupakan sebuah kereta kalis peluru yang dibina khas oleh pemiliknya dalam keadaan selamat.

Peugeot 205 GTI itu ditempah pada tahun 1990 oleh Presiden LVMH (LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE), Bernard Arnault.

Presiden syarikat barangan mewah paling besar di dunia itu dilaporkan mahu memandu sendiri setiap hari. Jadi beliau telah meminta syarikat pakar modifikasi kereta, Labbé untuk menukar hot hatch itu menjadi sebuah jentera yang selamat.

Kereta tersebut dipasang dengan panel besi dan cermin tingkap yang tebal. Suspensi dan brek telah dinaik taraf untuk diselarikan dengan penambaan beratnya iaitu 1,400kg (model biasa cuma 875kg).

Bahagian kabin pula dipasang dengan kemasan kulit, pendingin hawa dan stereng kuasa.

Kauliti binaannya dikatakan sangat cantik dan tidak ramai perasan bahawa ia sebuah 205 GTI yang cukup istimewa. Arnault sempat menggunakan kereta ini selama beberapa tahun sebelum disimpan menjadi koleksi peribadinya.

Jentera yang mencatat jarak perbatuan sejauh itu 14,700km bakal dijual oleh pihak Art & Revs di Luxemburg tidak lama lagi. 

Google ads
Back to top button