Buletin

PEUGEOT 205 GTI – LAGENDA HIDUP KEMBALI

Peugeot 205 GTi ini adalah lagenda bagi pembuat kereta dari Perancis ini dalam sejarah pengeluaran varian GTI mereka. Di era tahun 80an, pengeluaran Supermini sememangnya menjadi lubuk mana-mana pengeluar kereta utama dunia. Diasaskan daripada model Peugeot 205, penambahan akronim GTI pada penghujung nama sudah tentu memberikan definasi kelajuan yang sebenar.

BACA : PEUGEOT 205 GTI 1990 KALIS PELURU MILIK PRESIDEN LV INI BAKAL DIJUAL

BACA : VIDEO PANDU UJI: PEUGEOT 208 GTI – MAMPU SAINGI FD2R DALAM DRAG RACE?

Bagi menghargai jiwa kelajuan yang pernah wujud kepada model kecil tapi ganas dan laju ini, sekumpulan Program Juruteknik Perantis Peugeot telah membina semula / mengemaskini  model Peugeot 205 GTI yang asli ini. Ianya bertujuan bagi suatu program amal, The Sporting Bears Charity yang telah pun berlangsung minggu lalu sempena  CarFest South bertempat di  CarFest South.

Sewaktu proram yang sama, CarFest North yang telah berlangsung pada bulan Julai lepas, model Peugeot 205 GTI ini telah mendapat undian tertinggi agar kereta lagenda ini membuat kemunculan pada acara berikutnya. Dan bagi menjawab kepada permintaan, Peugeot UK sendiri telah berbesar hati untuk meminta para peserta Perantis yang berpangkalan di UK untuk menyiapkan semula sebuah model 205 GTI yang telah dibeli oleh mereka.

Termyata, hasil kerja tengan para Perantis ini berhasil dengan memasang enjin, sistem gantungan dan juga sistem transmisi yang baharu ke atas model keluaran tahun 1991 ini. Dan tahukah bahawasanya para Perantis ini telah menyumbat masuk enjin Mi16 milik sedan Peugeot 405 yang dianggap cukup ikonik itu. Enjin yang bersesaran 1.9 itu mampu menghamburkan kuasa sekitar 160hp. Cukup berkuasa untuk sebuah kereta sekecil ini.

Dan kereta yang power ini, boleh dinaiki oleh pengunjung yang mana dana dikumpul bagi tujuan keperluan anak-anak yang memerlukan di UK sana. Program The Sporting Bears Charity adalah suatu program amal yang melibatkan kereta klasik dan juga kereta sport melalui acara touring. Setakat ke hari ini, mereka telah berjaya mengumpul hampir  £500,000 melalui program yang dibuat sebelum ini.

Menarik bukan? Siapa kata, aktiviti kereta dan kerja amal tidak boleh bersatu?

Google ads

B K

Back to top button