Buletin

PEUGEOT 308 BAHARU

Di pasaran Malaysia, populariti jenama Peugeot sebenarnya banyak disumbangkan oleh model hatchback kompak, Peugeot 308. Jadi, apabila gambar rasmi 308 muncul, mestilah ramai yang hendak ambil tahu. 

Jentera kompak ini akan membuat debut perdana di Frankfurt Motor Show pada 10 September depan. Jualannya pula dijangka bermula pada Januari 2014 di pasaran Eropah.

308_1305STY012

“Peugeot 308 baharu memiliki reka bentuk luaran yang menyerlahkan aspek kekuatan dan kualiti,” kata Pengarah Reka Bentuk Peugeot, Gilles Vidal.

Memang nyata bahawa jentera ini memiliki perkadaran yang seimbang. Ruang hadapannya didominasi oleh gril terapung dan lampu utama yang nipis. Sementara bahagian belakangnya pula nampak menarik dengan lampu LED yang berbentuk  seperti tiga garis cakaran singa.  

308_1305STY015 (1)

Pasukan reka bentuk dan jurutera Peugeot telah membangunkan ruang dalaman 308 menggunakan konsep i-cockpit. Hasilnya, semua cirinya berorientasikan kepada pemandu. Malah, skrin sentuh antara muka bersaiz 9,7 inci mengurangkan jumlah butang dan suis. Segala kawalan infotainmen diletakkan di satu tempat agar lebih kemas dan mudah dioperasi.

308 dibina di atas platform modular baharu iaitu EMP2 yang membuatkannya 140 kilogram lebih ringan berbanding model terdahulu. Bagi memberi lebih variasi, 308 akan ditawarkan dengan rangkaian enjin petrol dan diesel bercekapan tinggi, bergantung kepada pasaran yang disertainya.  

 308_1305STY008a

Model ini akan dibina di kilang Sochaux, Perancis. Sementara kilang Peugeot di Trémery dan Douvrin pula bertanggungjawab untuk membekalkan semua unit kuasanya.

[hr]Galeri

308_1305STY001308_1305STY007308_1305STY010308_1305STY018308_1305STY019308_1305STY011308_1305STY009a

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button