Buletin

PEUGEOT 5008 2018 – SUV 7 TEMPAT DUDUK MEWAH DAN VERSATIL, RM173,888

Nasim Sdn Bhd (Nasim), pengedar tunggal kenderaan jenama Peugeot di Malaysia semalam melancarkan SUV Peugeot 5008 ke pasaran tempatan.

SUV tujuh tempat duduk itu dilihat sesuai untuk mereka yang mahu beralih daripada MPV keluarga, 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Samson Anand George positif dengan kehadiran 5008 dapat membantu Nasim mencapai sasaran jualan 3,800 kenderaan pada tahun 2018.  

SUV itu mengekalkan reka bentuk yang kompak dengan panjang 4,641mm (11cm lebih panjang berbanding model terdahulu) dan selebar 1,844mm.

5008 dikuasakan oleh enjin 1.6 Turbo THP yang menawarkan penjimatan sekitar 7.3 liter bagi setiap 100km dan emisi serendah 133g/km.

SUV itu didatangkan dalam empat warna iaitu Emerald Crystal, kelabu, hitam dan putih. Sudah berada di semua bilik pameran Peugeot di seluruh negara, 5008 ditawarkan pada harga RM173,888 (tidak termasuk insurans).

Berada dalam segmen C, penampilan 5008 diserlahkan menerusi logo singa, lampu utama LED sepenuhnya bersama kemasan krom pada wings hadapan yang kelihatan sama seperti model konsep Peugeot HX1.  

Bahagian belakang pula dibezakan dengan kemasa krom pada arca bumbung, seterusnya memberikan profail reka bentuk yang lebih aerodinamik.

Anda pasti tidak tersilap 5008 dengan SUV lain kerana ia dipasang dengan lampu belakang LED tiga garisan yang menjadi signatur kepada model-model Peugeot. Ia kemudian dipasang rim aloi ‘Los Angeles’ bersaiz 18 inci dengan kemasan dua tona.

Sama seperti model 308 dan 3008, 5008 menggunakan Efficient Modular Platform (EMP2) yang kukuh dan 95 lebih ringan berbanding model sebelumnya.  

Peugeot i-Cockpit pada ruang kabin memberikan pengalaman istimewa dan mewah kepada pemandu. Kokpit itu terdiri daripada stereng kompak yang telah direka semula dan skrin sentuh multi fungsi warna bersaiz lapan inci.

Tidak ketinggalan, paparan cluster digital bersaiz 12.3 inci yang menunjukkan speedometer, odometer, trip-computer bersama transisi menyenangkan di antara mode ke mode yang lain.  

Papan pemuka yang moden dilengkapi tiombol-tombol suis krom untuk akses lebih pantas kepada fungsi-fungsin utama seperti audio, pendingin hawa, talaan bantuan, telefon, aplikasi dan lampu amaran.

Bagi memberikan keselesaan terbaik, 5008 menyediakan tujuh tempat duduk yang dibalut dengan kulit premium. Tempat duduk kedua boleh dibaringkan kepada lima sudut berbeza. Ia juga dilengkapi tiga cagak ISOFIX untuk kerusi keselamatan kana-kanak.

Tempat duduk baris ketika bukan sahaja boleh dilipat rata, malah boleh dicabut dengan mudah untuk menawarkan ruang kargo lebih luas. Apabila dua baris tempat duduk dilipat rata, ruang yang tersedia mencecah 2,042 liter.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, 5008 dilengkapi enam beg udara, Advanced Electronic Stability Program, Advanced Grip Control dengan lima mode pemanduan yang pertama dalam kelasnya, Hill Assist Descent Control, Speed Limit Information, Driver Attention Alert dan Lane Departure Warning.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, 5008 hadir bersama jaminan selama ima tahun, perkhidmatan Peugeot Assistance 24 jam dan akses SkyLounge by Naza’ di Subang Skypark.

Google ads
Back to top button