Artikel PilihanBuletin

PILIHAN WARNA HITAM ROLLS ROYCE GHOST INI SAMA HARGA DENGAN SEBUAH MYVI

Rolls Royce adalah sebuah “istana bergerak” yang diakui memiliki imej mewah, prestij dan eksklusif tanpa tandingan. Tiada kereta yang dapat menarik perhatian jika diparkir di sebelahnya. Tidak Bentley, Tidak Koenesegg tidak Maybach dan apa-apa sahaja termasuklah Savvy Pak Amid yang menggunakan kuasa nuklear sekalipun.

Apa-apa kereta kereta moden sering dirujuk mewah sebagai RR. Ia kereta pilihan keluarga diraja, ia juga dilabel kereta super mewah untuk orang tua. Kerana itu juga, RR dibawah kendalian BMW ingin merebut pasaran jutawan lebih muda menerusi Ghost dan Wraith misalnya.

Kemudian, mereka berikan pelbagai opsyen bagi menarik pilihan pembeli ini.

BACA: RR PHANTOM DENGAN ENJIN 2JZ SUPERCHARGER+TURBO

Black Badge adalah satu contoh varian Ghost yang disasarkan untuk pembeli baru. Seperti yang diterangkan oleh Jason Fenske dari video siri Engineering Explained ini, ia bukan sahaja mahal, tetapi ditawarkan dengan pilihan aksesori dan kelengkapan yang sangat mahal dan tak masuk akal.

Pilihan warna luaran untuk model yang ditunjukkan itu juga berharga USD11,000. Ya, untuk menukar warna hitam, anda perlu bayar RM46,000 sebagai bayaran tambahan.

Itu belum termasuk opsyen dalaman yang kesemuanya merupakan buatan tangan khas mengikut tempahan yang dikehendaki pembeli.

Bak kata pepatah “Duit tak boleh beli kebahagiaan”

Siapa cakap?

Bak sini 100 juta, Abang Japar ajar kau apa erti kebahagiaan.

 

 
 
 
 
 
Google ads
Back to top button