Buletin

POLIS SITA LAMBORGHINI DAN ROLLS ROYCE “EMAS” MILIK DATUK SERI

Beberapa hari lepas, pihak Polis telah menyita dua buah kereta mewah Rolls Royce dan Lamborghini dalam dua tindakan berasingan seperti yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh, mereka merampas Rolls Royce berwarna “emas” dengan pendaftaran “DSS” di kemudahan parkir valet bertempat di Menara B, Pavillion pada Selasa lalu.

Sehari kemudian, sebuah Lamborghini berwarna kuning dengan pendaftaran “G1M 5555”, turut disita di lokasi yang sama.

Semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati Roll Royce tersebut tiada rekod pendaftaran malah pendaftarannya juga tiada dalam senarai.

Sementara rekod pendaftaran Lamborghini itu mendapati ianya didaftarkan tetapi terbabit dengan senarai “Pelanggaran undang-undang Kastam”

Siasatan awal mendapati kedua-dua buah kereta tersebut dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang berstatus “Datuk Seri”.

Beliau sekarang berada di luar negara.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang mendakwa sebagai pemandu Rolls Royce tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan.

sumber Thestar

 

 

Google ads
Back to top button