PORSCHE BOXSTER PALING JAHAT DI DUNIA. KERUSI TENGAH DAN ENJIN TURBO BERKEMBAR

SHARE

Kami di mekanika memang peminat Porsche, terutamanya Jakie dan Abang Japar. Namun ada benda yang kami persetujui bersama. Mampu atau tidak, tetap kami tak beli Boxster. 

Tapi ini mungkin yang paling gila Porsche Boxster yang pernah dimodifikasi.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Dibina oleh syarikat penalaan A.S. yang dikenali dengan nama Bisimoto Engineering, Porsche Boxster ini telah menjalani proses transformasi menyeluruh. Banyak bahagian asalnya dibuang dan tidak langsung berkongsi apa-apa yang sama dengan platformnya sendiri.

Bermula di bahagian enjin, sepasang turbocharger Precision telah digerakkan ke enjin enam silinder tersebut dan mampu mengerah sehingga 700 kuasa kuda.

Namun begitu Bisimoto menetapkan fasa kuasa dengan penalaan “sederhana” pada 420 kuasa kuda pada keadaan biasa. Ia diselaraskan dengan satu butang khas ‘Push-to-pass’ yang mampu menaikkan kuasa enjin ke 526 kuda.

Sepertimana model Ford Mustang yang terkini, ciri ‘Line Lock’ membantu pemandu melakukan burn-out dengan lebih mudah.

BACA: PERDANA LANGGAR PORSCHE GT3RS SEBAB NAK TUNJUK HERO

Bukan hanya enjin yang menjadikannya istimewa. Posisi memandu Porsche ini juga telah mengalami pengubahsuaian yang ketara. Posisi kerusi perlumbaan Momo dan stereng pemandu telah diletakkan di bahagian tengah.

Seperti konfigurasi kokpit LaFerrari, posisi kerusi tersebut adalah tetap. Pemandu perlu mengubah kedudukan kotak kawalan (pedal, brek) ke hadapan atau belakang mengikut kesesuaian.

Pengubahsuaian juga termasuk pelbagai panel badan serat karbon, set roda dari Carbon Revolution Australia, dan tayar Toyo R888.

Nah tengok video ni

Share this post

scroll to top