Buletin

PORSCHE CAYENNE PLATINUM EDITION – RM698,000

Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini memperkenalkan Cayenne Platinum Edition.

Kualiti varian Platinum Edition diserlahkan menerusi beberapa bentuk naik taraf pada penampilan luarannya. Antaranya ialah rim bersaiz 20 inci dengan reka bentuk RS Spyder yang mengisi ruang arca roda yang besar.

Sementara bahagian kabin pula didominasi oleh tempat duduk sport dibalut kulit, panel tengah bersama kemasan kulit Alcantara dan logo Porsche pada perehat kepala. Sebagaimana yang anda sedia maklum, Porsche menggunakan versi Platinum Edition untuk siri model produksi terpilih dan ditawarkan dalam tempoh terhad.

“Pengenalan Platinum Edition ini adalah untuk meraikan kejayaan rangkaian model Cayenne. Banyak ciri mewah kini ditawarkan sebagai standard,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Arnt Bayer.

 

Antara ciri standard yang dimaksudkan ialah lampu jenis Bi-xenon dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS), Power Steering Plus dan ParkAssist. Selain itu, kemasan hitam dan putih adalah standard. Manakala warna hitam (Deep Black), Purpurite, Mahogany, putih (Carrera White) atau Rhodium Silver ditawarkan sebagai opsyen.

Masuk sahaja ke dalamnya, anda akan dialu-alukan oleh dengan huruf  “Platinum Edition” yang ditempa pada besi tahan karat di bahagian sil pintu. Sama seperti versi Platinum Edition yang lain, ia hadir bersama sistem Porsche Communication Management (PCM) terkini. Ia merangkumi navigasi dalam talian dan modul Connect Plus. Ruang papan pemuka disempurnakan lagi dengan sebuah jam analog yang nampak begitu mewah.

Cayenne Platinum Edition digerakkan oleh enjin V6 bersesaran 3.6 liter berkuasa 300hp dengan penggunaan bahan api sekitar 9.2 liter bagi setiap 100km.

Harganya bermula RM698,000 seunit. Ia hadir bersama jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

BACA: SDAP PERKENALKAN PORSCHE CAYMEN GT4 CLUBSPORT

BACA: PANAMERA WAGON – REKA BENTUK PORSCHE YANG SEMAKIN ANEH

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button