Buletin

PORSCHE MACAN GTS – RM710,000

Selain tiga varian Porsche 911 Carrera, Sime Darby Auto Performance (SDAP) turut melancarkan satu lagi jentera berprestasi tinggi iaitu Macan GTS. Model tersebut melengkapkan lagi varian Macan sedia ada iaitu Macan S dan Macan Turbo.

Porsche-Macan-GTS-mekanika (6)

“Sama seperti semua model Porsche yang membawa nama GTS, Macan GTS diinspirasikan daripada perlumbaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer.

SUV kompak premium itu digerakkan oleh enjin V6 bi-turbo yang berupaya menjana kuasa sehingga 360hp dan tork 500Nm. Maka, tidak hairanlan jika ia dapat mencatat kelajuan 0-100km/j dalam masa 5.2 saat dengan kelajuan maksimum 256km/j.

Porsche-Macan-GTS-mekanika (8)

 

Selain casis yang telah direka semula, Macan GTS juga dilengkapi Porsche Traction Management (PTM) yang berfungsi memastikan cengkaman terbaik ketika beraksi di atas jalan raya.

Sama seperti 911 Carrera baharu, jentera ini didatangkan dengan pilihan Sport Chrono Package  yang menawarkan pilihan mode pemanduan Normal, Sport, Sport Plus dan Individual.

Porsche-Macan-GTS-mekanika (5)

Kedudukan Macan GTS direndahkan sebanyak 15mm. penampilannya diserlahkan menerusi penggunaan rim RS Spyder berwarna hitam matt bersaiz 20 inci. Pada bahagian kabin, kemewahannya dapat dilihat dengan jelas dengan tempat duduk sport GTS serta kemasan yang dibalut kulit Alcantara.

Macan GTS menampilkan ciri Porsche Communication Management System (PCM). Dengan pilihan modul Connect Plus, skrin sentuh berkualiti tinggi menawarkan navigasi dalam talian, informasi trafik pada masa sebenar dan integrasi telefon pintar melalui Apple CarPlay.

Porsche-Macan-GTS-mekanika (3)

Macan GTS boleh menjadi milik anda pada harga RM710,000 seunit termasuk jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

Google ads
Back to top button