Buletin

PREBIU: NISSAN SERENA 2.0L S-HYBRID 2018 PREMIUM HIGHWAY STAR, RM155K

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) mengumumkan bahawa NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu kini ditawarkan dalam varian Premium Highway Star; bersama warna luaran dua tona dan tambahan ciri-ciri premium.

Premium Highway Star kini hadir dengan rekaan warna luaran dua tona. Ditambah dengan ciri-ciri premium untuk ruang dalaman seperti kombinasi kulit pada tempat duduk dengan pilihan warna dua tona coklat (Truffle Brown dan Chestnut) atau hitam sahaja.

Tidak ketinggalan panel LCD 10.1 inci yang dipasang pada bumbung, karpet ‘Tech-on’, perakam video pemanduan (DVR) dan lampu bumbung LED.

Manakala rim aloi bersaiz 16 inci, visor pintu, filem keselamatan 4Mil V-KOOL  dan salutan badan Ultra Glass ThreeBond melengkapkan lagi NISSAN Serena serba baharu dengan ciri-ciri serta aksesori yang diinginkan oleh para pemilik MPV.   

NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu kini dibuka untuk tempahan dengan penghantaran rasmi dijadual bermula bulan Mei.

Ia didatangkan dengan jaminan perbatuan tanpa had selama 5 tahun dan servis penyelenggaraan selama 3 tahun atau 60,000km (mana-mana tiba dahulu).

Bukan itu sahaja, 500 kenderaan pertama yang didaftarkan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM500. 

Sesi pandu uji NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu, MPV No.1 di Jepun* akan diadakan dalam acara prebiu eksklusif ETCM di beberapa bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu akan datang (14 hingga 15 April dan 20 hingga 22 April), bermula jam 10am hingga 8pm.

GALERIOrang ramai boleh melayari laman web www.nissan.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut dan menyatakan minat mereka. Tertakluk kepada terma.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button