Buletin

PRIUS 2016 DIINSPIRASIKAN OLEH LADY GAGA

Jika proposal rekaan pertama Prius 2016 tidak ditolak oleh pihak atasan Toyota, tidak akan lahir idea inspirasi Lady Gaga ini.

toyota-prius-2016-mekanika

Ketua Pereka, Shunsaku Kodama berkata Prius generasi keempat itu adalah gabungan elemen manusia,  teknologi serta inspirasi keunikan Lady Gaga.

“Harapan terhadap Prius adalah tinggi. Sebagai sebuah model konsep, kami berfikir tentang Lady Gaga dan mahukan rekaan yang lebih ekstrem,” katanya.

toyota-prius-2016-mekanika (7)

Hasilnya, garis tajam terlihat di Toyota Prius 2016. Rekaan jentera hibrid itu sememangnya cukup kontroversi.  Boleh dikatakan pelik.

toyota-prius-2016-mekanika (6)

Dari arah sisi, Prius kelihatan lebih panjang dan atletik. Hud hadapannya pula direka lebih rendah.

Rekaan lampu hadapan LED kelihatan tajam seperti boomerang.  Rekaan belakangnya sedikit pelik dengan kombinasi lampu unik mirip Toyota Mirai.

toyota-prius-2016-mekanika (4)

Difahamkan dari segi dimensi Prius 6cm lebih panjang, lebih lebar 1.5cm dan ketinggiannya direndahkan 2cm berbanding generasi terdahulu.

Bahkan, Toyota turut merendahkan pusat graviti dan memberikan Prius suspensi baharu untuk pengendalian lebih selesa.

toyota-prius-2016-mekanika (5)

Elemen lain yang ditambah baik ialah aerodinamik pekali seretan yang dikurangkan daripada  0.25 kepada  0.24.

Bahagian bumbung Prius lebih nipis dengan reka bentuk siling yang melengkung. Ini menawarkan ruang kepala yang luas.  Reka  bentuk segi tiga telah dipertingkatkan dengan merendahkan spoiler belakang sebanyak 55 mm dan hud sebanyak 60 mm.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button