PRODUKSI FORD MUSTANG DAH CECAH 10 JUTA UNIT!

SHARE

Inilah kereta yang handal. Ford Mustang. Salah satu kehandalan Mustang disumbangkan oleh filem Amerika Syarikat yang banyak menggunakan kereta ini pada era 80an dan 90an.

Walaupun pada masa itu Mustang tidak dijual secara rasmi ia tidak menjadi halangan kepada peminat yang bermimpi untuk memilikinya. Mustang paling dekat pada masa itu ialah apabila dirakamkan oleh kenalan yang menuntut di Amerika Syarikat atau dibawa masuk secara persendirian.

Momen seperti ini yang mencetus minat pada Mustang dan rangsangan untuk memilikinya.

Isuzu Dmax Desktop

Siapa sangka selepas 50 tahun Mustang generasi keenam ditawarkan secara rasmi di Malaysia oleh SDAC Ford.

Selain SDAC Ford, Mustang juga turut dibawa masuk oleh pengimport bebas dan sekarang ini kita boleh lihat popularitinya di atas jalan raya.

Mustang seperti alternatif wajib kepada Nissan GT-R dan pilihan popular di kalangan usahawan muda.

Model ikonik ini mempunyai sejarah yang panjang dan ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 1964. Mustang sudah berusia 54 tahun dan Ford kini sedang meraikan keluaran yang ke-10 juta.

Majlis sambutan itu diadakan di ibu pejabat Ford di Dearborn dan kilang pemasangan Mustang di Flat Rock, Amerika Syarikat.

Majlis dimeriahkan dengan penerbangan lintas oleh tiga pesawat perang dunia kedua iaitu Mustang P-51 dan perarakan model-model Mustang yang dikeluarkan sejak lima dekad lalu dari Dearborn ke Flat Rock, Michigan.

Unit ke-10 juta Mustang adalah dari varian convertible V8 enam kelajuan manual berwarna Wimbledon White berkuasa 460 hp dan dilengkapi teknologi bantuan pemanduan terkini.

Unit pertama dengan nombor siri VIN 001 yang dikeluarkan pada tahun 1964 juga sama dari segi warna dan jenis enjin V8 berkuasa 164 hp dan transmisi tiga kelajuan manual.

Mustang sememangnya kereta ikonik Amerika Syarikat dan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ford dan data oleh IHS Markit, model ini adalah kereta sport terlaris di AS sejak lima dekad lalu (1966 – 2018).

Mustang generasi keenam telah menerima beberapa perubahan baharu seperti gayaan luaran lebih segar dan dalaman lebih kemas dan mewah melalui penggunaan material soft touch dan meter instrumen berukuran 12 inci.

Nadi kuasa juga turut dikemaskini dengan enjin 5.0 liter V8 berkuasa 450 PS dan transmisi sepuluh kelajuan manual. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa 4.3 saat.

Selain itu, versi transmisi manual dilengkapi dengan teknologi padanan kelajuan (rev match) terbaru Ford untuk tukaran gear lebih lancar dan pantas ditemani blip enjin Mustang yang berkuasa.

Akhir sekali walaupun Mustang semakin popular di negara kita, tidak banyak unit yang dimodifikasi. Mungkin belum musim lagi.

Apa pun Mustang yang dimiliki Wak Doyok tu lawa! 

BACA: NAMPAK MACAM MUSTANG, TAPI SEBENARNYA..ERRR MAZDA MX5 MIATA?

BACA: FORD MUSTANG DENGAN ENJIN FERRARI TWIN TURBO (VIDEO)

Share this post

scroll to top